Kepada yang suka pakai iphone, korang perasan tak design dia sama je. Lepas tu outdated sebab banyak dah android yang dah guna design tu. Peliknya Apple tetap untung besar.
Jadi macam mana Apple boleh untung walaupun hanya jual produk yang lebih kurang sama je?
Benda ni kita kena tengok dekat top management Apple dulu. Sebab dekat Apple ada tiga orang yang paling power iaitu Steve Jobs, Jony Ive dan Tim Cook.
Steve Jobs dan Jony Ive pegang department kreatif. Dimana mereka akan berbincang tentang design, inovasi dan teknologi yang sesuai dengan Apple.
Manakala Tim Cook ni pegang department management yang bermaksud dia akan menganalisis segala data.
Contohnya dia akan tengok iphone mana paling tinggi permintaan dan outlet mana paling untung.
Bila kedua-dua department ni dapat berfungsi dengan baik, Apple dapat hasilkan produk yang mengkagumkan lantas buat sale melonjak naik. Tapi semua ni jadi beza sedikit setelah Steve Jobs meninggal dunia.
Ketika itu Tim Cook telah mengambilalih Apple sementara Jony Ive masih kekal dengan peranannya. Disebabkan orang yang suka tengok data dah pegang Apple, Tim Cook pun lebih fokuskan syarikat kepada keuntungan sahaja.
Apa yang Tim Cook buat adalah dia pindahkan kilang Apple dari Amerika Syarikat ke China. Jadi dapat berjimat cermat. Dia juga telah ubah direction Apple dari nak puaskan dia punya pentaksub kepada sesuai dengan mass market. Hasilnya Apple berjaya untung $100 bilion setahun.
Situasi ni membuatkan Jony Ive rasa diri dia berseorangan. Sebab dia dah tak ada Steve Jobs untuk brainstorming idea. Tim Cook pulak dah sibuk dekat operation.
Akhirnya dia burnout masa tahun 2014 lantas mengambil cuti yang panjang. Lepas habis cuti, dia cuma jadi part timer je dekat Apple. Dalam tahun 2022, Jony Ive mengundurkan diri daripada Apple.
Mungkin sebab itu design Apple lebih kurang sama je. Dan tiada inovasi yang mengkagumkan sebagaimana iphone 4 dan iphone 5.
Dekat sini kita belajar untuk fokus kepada kekuatan kita. Macam Tim Cook, dia memang tak power bab inovasi dan design. Tapi dia power dekat management dan operation sampai Apple untung besar.
Kepada korang semua, hidup ini pilihan. Kalau setakat pakai benda yang lebih kurang sama je, baik angkat android.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




