“Di antara ku dan besi.”
“Di antara ku dan besi, cuma besi tak ada yang lain.”
“Ku gergaji langsung ku kiloin.”
“Rayap besiku tak main-main.”
Lirik ni sebenarnya parodi yang buat satu negara ketawa dan tanpa sedar sedang mengukuhkan satu stereotaip sosial yang dah lama wujud.
Lagu ini memparodikan lagu Mejikuhibiniu. Tapi bila sampai ke tangan content creator Medan, “cinta” itu ditukar jadi hubungan obsesif dengan besi. Siap “dikilokan”. Kelakar sebab semua orang faham sindiran dia. Tapi sindiran itu lahir daripada realiti yang sebenarnya serius.
Di Medan, fenomena yang digelar “rayap besi” memang wujud. Ia merujuk kepada pencuri besi yang menyasarkan pagar awam, tiang lampu jalan, besi bangunan, malah komponen jambatan. Semua ini bukan dicuri untuk disimpan, tetapi untuk dijual sebagai besi buruk.
Bila kemudahan asas awam pun jadi sasaran, itu jadi masalah bandar yang berlarutan.
Punca utama isu ini bukan “sifat orang Medan”, tapi atas beberapa faktor. Besi mudah dicuri kerana ia ada di mana-mana. Lebih penting, besi mudah dijual kerana ada pembeli. Selagi pusat besi buruk sedia membeli tanpa soal asal-usul barang, selagi itu jenayah ini hidup. Dalam banyak kes yang pernah ditangani, motif pelaku hampir sama seperti perlukan wang segera, selalunya untuk menampung ketagihan dadah, judi atau alkohol.
Masalahnya, bila isu ini berlaku terlalu lama dan terlalu kerap tanpa penyelesaian, masyarakat mula normalisasikan keadaan. Dari situ lahir istilah sinis seperti “pagar berjalan”.
Dari situ juga lahir jenaka, meme. Bila jenayah dah jadi bahan hiburan, yang tinggal cuma imej. Dan imej itu perlahan-lahan melekat pada identiti tempat. Asal Medan, mesti curi besi.
Di sinilah stereotaip mula mengeras. Bukan kerana semua orang percaya, tetapi kerana semua orang ulang.
Corak yang sama pernah berlaku terhadap masyarakat Madura. Dalam banyak laporan seperti dari BBC Indonesia, apa-apa yang berkait dengan besi sering dilekatkan kepada orang Madura termasuk kes jenayah.
Padahal realitinya, ramai orang Madura terlibat dalam jual beli besi buruk secara sah sebagai sebahagian daripada ekonomi tidak formal.
Faktor pendorongnya disebabkan oleh tanah kurang subur, peluang pekerjaan terhad, musim kemarau panjang dan tradisi merantau untuk mencari rezeki.
Bila beberapa kes curi besi yang melibatkan individu Madura diulang tanpa henti, tindakan peribadi mula dianggap sebagai sifat etnik. Dari situlah stigma terbina. Setiap kali besi hilang, tuduhan terus dilemparkan tanpa bukti. Inilah bahaya stereotaip. Ia menggantikan siasatan dengan sangkaan dan memudahkan masyarakat menyalahkan satu kelompok daripada membedah punca sebenar.
Sedangkan penyelesaiannya tak susah pun. Jika rantaian jual beli besi curi diputuskan, jenayah ini akan merosot.
Kawalan ke atas pusat besi buruk jauh lebih berkesan daripada sekadar memburu pencuri kecil-kecilan.
Infrastruktur awam pula perlu direka supaya sukar dicabut dan dileraikan. Pada masa yang sama, isu ketagihan dan kemiskinan bandar perlu ditangani sebagai masalah sosial dan bukan hanya isu jenayah.
Stereotaip “curi besi” tidak lahir kerana satu bangsa atau satu tempat. Ia lahir daripada kegagalan melihat masalah secara menyeluruh. Lagu parodi mungkin buat orang ketawa, tapi realiti di belakangnya menuntut kita berfikir. Kalau tidak, besi akan terus hilang dan yang lebih parah, akal sihat pun akan ikut hilang. Tak pelik jugak sebab IQ 78.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




