Bila saya tulis pasal Rusia kelmarin, ramai betul penjilat Rusia yang ‘triggered’. Sampai cakap saya ni penjilat US bagai.

Kagum juga saya. Bila kecam US, tak ada masalah apa pun. Tapi bila kecam Rusia, kenapa mesti ada yang triggered sampai butakan diri sendiri?

Sebenarnya Rusia ni pun ada hubungan rapat dengan Israel, takkan itupun korang tak tahu?

Hubungan antara Presiden Rusia, Vladimir Putin, dan negara Israel sering digambarkan sebagai sesuatu yang penuh dengan realpolitik dan pragmatik, di mana kepentingan strategik sering menjadi penghubung yang kuat.

Walaupun Rusia menyokong beberapa pihak yang tidak sehaluan dengan Israel (macam Iran dan kumpulan tertentu di Timur Tengah), tapi hubungan dengan Israel tetap kukuh dan rapat dalam pelbagai aspek seperti diplomasi, ekonomi dan komuniti mereka.

Ini menunjukkan bahawa hubungan kedua negara ni lebih ‘layered’ atau bertahap, bukan sekadar bermusuhan sepenuhnya.

Putin sendiri pernah menyatakan bahawa walaupun Rusia mengekalkan hubungan strategik dengan Iran dan negara Islam lain, Moscow juga merasa penting untuk mengekalkan hubungan yang stabil dengan Israel kerana terdapat hampir dua juta orang berbahasa Rusia yang tinggal di Israel dan menjadikan bahasa Rusia hampir seperti bahasa kedua dalam masyarakat Israel moden.

Ini memberi tekanan diplomatik tersendiri atas Washington, Tehran dan Tel Aviv apabila Rusia membuat keputusan dalam konflik antarabangsa.

Selain itu, Israel dan Rusia dikatakan pernah mengadakan perbincangan sulit mengenai Iran dan Syria semasa tempoh gencatan senjata konflik, menunjukkan adanya saluran perhubungan tersendiri antara Tel Aviv dan Moscow yang orang kita selalu tak nampak, ke sebab mereka ni buat-buat tak nampak?

Walaupun hubungan kerajaan kedua negara bersifat pragmatik, masyarakat awam tidak terlepas daripada isu ketegangan yang berkaitan dengan konflik di Gaza.

Sebagai contoh, pada Oktober 2023, lokasi di Republik Dagestan, Rusia menyaksikan rusuhan antisemitik apabila sekelompok besar orang meluru ke Lapangan Terbang Makhachkala mencari penumpang dari Israel yang tiba melalui penerbangan dari Tel Aviv, dipercayai berdasarkan maklumat yang tersebar di media sosial.

Ramai yang cedera, termasuk anggota polis, dan lebih daripada 60 orang ditangkap oleh pihak berkuasa Rusia selepas insiden itu.

Putin sendiri mengadakan pertemuan keselamatan susulan kejadian tersebut.

Insiden ini menyebabkan Kementerian Luar Israel mengeluarkan amaran bagi rakyatnya agar tidak melancong ke beberapa wilayah di Caucasus Utara seperti Dagestan dan Chechnya kerana risiko keselamatan yang tinggi terhadap rakyat Israel, terutamanya bagi yang beragama Yahudi.

Satu lagi dimensi hubungan ekonomi antara Russia dan Israel ialah industri berlian Tel Aviv, khususnya Israel Diamond Exchange di Ramat Gan, yang merupakan salah satu pusat perdagangan berlian terbesar di dunia.

Ia mengendalikan eksport sekitar USD 5 bilion setiap tahun melalui ratusan firma dan ribuan pekerja.

Rusia adalah antara pengeksport berlian paling penting kepada Israel. Ini menunjukkan hubungan perdagangan rapat dalam industri berlian yang merentas banyak negara, termasuk Belgium, Afrika Selatan, India dan lain-lain pemain utama dalam rantai bekalan berlian.

Ia lebih tepat untuk mengatakan bahawa Israel adalah hub global yang penting dalam perdagangan berlian, dan pasaran ini mempunyai unsur hubungan dagang yang melibatkan syarikat dari pelbagai negara termasuk Rusia.

Hubungan Rusia dan Israel berbeza daripada hubungan sekutu tradisional seperti NATO, tetapi ia juga tidak bermusuhan. Rusia sering mengambil posisi neutral yang strategik dan cuba menyeimbangkan kepentingan geopolitiknya.

Di satu sisi, Rusia mengekalkan hubungan baik dengan negara Islam lain dan Iran, termasuk kerjasama dalam pelbagai sektor.

Di sisi lain, Moscow tidak menentang secara terbuka atau ekstrem kepada Israel, dan terus memberi tempat kepada rundingan dan saluran diplomatik dua hala, termasuk hubungan ekonomi.

Insiden seperti rusuhan di Dagestan menunjukkan bahawa hubungan itu berbeza di peringkat sosial berbanding peringkat kerajaan.

Kerajaan mereka juga memberi peringatan kepada rakyat Israel agar berhati-hati di kawasan tertentu di Rusia.

Ini menunjukkan bahawa situasi di Rusia kadang-kala boleh mengancam keselamatan individu tertentu.

Secara keseluruhan, hubungan Vladimir Putin dan Israel boleh dikatakan rapat, pragmatik, dan sangat berpengaruh oleh faktor geopolitik global.

Moscow mengambil pendekatan yang cuba menjaga keseimbangan antara kepentingan strategik di Timur Tengah, hubungan diplomatik yang berterusan dengan Tel Aviv dan realiti geopolitik dan komposisi demografi seperti populasi berbahasa Rusia di Israel

Hubungan ini juga mencerminkan bahawa politik antarabangsa bukan sekadar berdasarkan ideologi, tetapi juga melibatkan kepentingan nasional, ekonomi dan keselamatan yang saling berkaitan dalam sistem global hari ini.

Tapi rakyat kita kan sibuk cakap Rusia ni Rom Ketiga lah, sahabat Islam lah, Putin dan Rusia ni lagi baik dari Amerika lah.

Tapi rakyat kita yang sokong Rusia ni pelik sebenarnya, yela sebab Rusia pun sokong Israel dalam diam.

Tapi korang halalkan perbuatan dengan sokong Rusia tu atas sebab dia Rusia dan bukannya US. Jadi nampak macam ‘lebih baik berbanding musuh dia’.

Lepastu ada pula kata Zelensky ni Yahudi jadi takkan lah mereka ni nak kecam Israel, tengok tahun 2025 lah, Ukraine kecam Israel sebab serang Palestin.

Apa Rusia buat? Mereka diam bak berhala pujaan vatnik penjilat Rusia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.