Kalau dulu kita dengar jurulatih bola sepak obses dengan video analisis, statistik dan tablet di tepi padang, sekarang cerita dia dah naik satu level. Ini kisah seorang jurulatih yang didakwa menyerahkan hampir seluruh otak pengurusan pasukan kepada AI. Dan akibatnya, satu kelab tumbang, pemain keletihan dan kerjaya tercalar.

Inilah kisah pelik tapi benar yang berlaku di Rusia, melibatkan bekas jurulatih Sepanyol, Roberto Moreno dan kelab FC Sochi.

Moreno pernah menjadi ketua jurulatih Sepanyol pada 2019, satu jawatan yang bukan boleh dapat dengan nasib.

Tapi apabila dia mengambil alih FC Sochi pada 2023, segalanya mula berubah ke arah yang tak siapa jangka.

Pada musim pertamanya, Sochi tersingkir dari Liga Perdana Rusia. Itu pun dah cukup buruk. Tapi apa yang berlaku selepas itu jauh lebih membimbangkan.

Menurut pendedahan bekas Pengarah Sukan kelab, Andrei Orlov, pihak pengurusan mula perasan Moreno terlalu bergantung kepada ChatGPT. ChatGPT dijadikan macam bomoh tilik dalam hampir semua urusan pasukan. Dari susun latihan, perancangan taktikal, pemilihan kesebelasan utama sampailah ke jadual perjalanan dan rehat pemain.

Kemuncak kegilaan ini berlaku ketika persiapan perlawanan away menentang FC SKA-Khabarovsk, kelab yang jaraknya sejauh hampir 10,000 km dengan Sochi. Khabarovsk ni nak dekat-dekat alik Jepun sana. Moreno dikatakan memasukkan semua parameter perjalanan dan latihan ke dalam ChatGPT, lalu menerima cadangan yang langsung tak masuk akal dari sudut sains sukan. Antaranya, pemain diminta bangun seawal jam 5 pagi untuk latihan dan lebih teruk, ada cadangan supaya skuad tidak tidur sehingga 28 jam sebelum perlawanan.

Bayangkan. Bola sepak profesional. Atlet elit. Tapi disuruh berjaga hampir sehari lebih tanpa tidur, semata-mata ikut cadangan AI. Dan yang paling menakutkan, menurut Orlov, Moreno tidak menapis cadangan itu dengan ‘common sense’. Apa yang keluar dari ChatGPT, itulah yang dilaksanakan.

Akibatnya, prestasi pasukan merudum dengan teruk. Pemain mula keletihan, kecergasan jatuh, kecederaan meningkat dan paling ketara, Sochi gagal menjaringkan sebarang gol dalam 10 perlawanan berturut-turut. Dalam bola sepak, kalau kau tak jaring gol, kau memang tunggu masa sahaja untuk karam.

Akhirnya, apabila pihak kelab menyedari tahap kebergantungan Moreno terhadap AI ini sudah melampaui batas profesionalisme, keputusan drastik dibuat. Moreno dipecat sebab cara dia mengurus pasukan dianggap membahayakan kesihatan pemain dan menafikan peranan manusia dalam membuat keputusan.

AI memang alat yang hebat. Ia boleh bantu analisis, cadang taktikal dan jimat masa. Tapi bila jurulatih mula menyerahkan sepenuhnya pertimbangan manusia kepada mesin, bola sepak bukan lagi sukan, tapi eksperimen.

Kita pun selalu je nampak orang yang akan komen di post-post yang copy bulat-bulat dari AI tanpa meneliti secara kritis terlebih dahulu. Memang AI cukup bijak, tapi kita pun kena lagi bijak daripada AI.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.