Bangladesh Kembali bergolak selepas kematian Sharif Osman Hadi, seorang ketua pelajar dan aktivis muda yang dikenali lantang mengkritik kuasa politik lama di negara itu. Nama hadi kini disebut-sebut di jalanan, kampus dan media sosial sebagai simbol perjuangan yang berakhir dengan tragedi.
Hadi bukan sahaja pelajar biasa. Beliau merupakan tokoh penting dalam gerakan pelajar yang bangkit menentang penindasan politik dan salah guna kuasa. Sebagai jurucakap sebuah platform Gerakan reformasi,
Hadi sering muncul dalam perhimpunan awam dan forum terbuka, menyeru perubahan sistem dan keadilan sosial.
Pada 12 Disember 2025, suasana bertukar gelap apabila Hadi ditembak ketika keluar dari sebuah masjid di kawasan Dhaka. Kejadian berlaku secara pantas. Penyerang bertopeng melepaskan tembakan tepat ke arah kepalanya sebelum melarikan diri menaiki motosikal, meninggalkan Hadi rebah berlumuran darah.
Hadi dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal. Doktor mengesahkan kecederaan serius pada bahagian otak akibat tembakan jarak dekat. Keadaannya terlalu parah sehingga beliau dipindahkan ke luar negara untuk rawatan lanjut, namun usaha menyelamatkannya gagal.
Enam hari kemudian, berita kematian Hadi disahkan. Punca kematian dikenal pasti sebagai kecederaan otak teruk akibat tembakan, yang menyebabkan kegagalan fungsi penting tubuh badan. Berita itu tersebar pantas dan mencetuskan kemarahan rakyat, khususnya golongan pelajar.
Ribuan turun ke jalan raya. Kampus universiti menjadi pusat protes. Laungan menuntut keadilan bergema, dengan Hadi diangkat sebagai lambang suara yang cuba dipadamkan. Demonstrasi merebak ke bandar-bandar utama, ada yang berlangsung aman, namun tidak kurang juga yang bertukar tegang.
Sebahagian protes menjadi tidak terkawal. Beberapa bangunan awam dan pejabat media diserang oleh kumpulan yang marah, menandakan tahap kekecewaan rakyat terhadap sistem keselamatan dan ketelusan siasatan.
Pihak berkuasa Bangladesh memulakan siasatan rasmi dan membuat beberapa tangkapan, namun identiti dalang utama pembunuhan masih belum didedahkan secara terbuka. Ketidakjelasan ini terus menyemarakkan spekulasi dan rasa tidak puas hati orang ramai.
Kematian Hadi kini bukan lagi sekadar kes jenayah. Ia telah bertukar menjadi krisis kepercayaan terhadap negara, ketika Bangladesh bersiap menghadapi pilihan raya dan masa depan politik yang tidak menentu.
Bagi ramai rakyat, Hadi bukan mati sia-sia. Beliau meninggalkan satu persoalan besar iaitu tentang berapa ramai lagi suara muda perlu terkorban sebelum perubahan benar-benar dapat berlaku?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




