Kita semua tahu Bashar Assad setelah berbelas tahun menzalimi Syria dah lari ke Rusia. Dari segi geopolitik, tak pelik kalau cakap dia “pergi bercuti”… umpama sedang cari jalan nak kembali berkuasa.
Maka dah lari tu, apa berita kita dapat pasal dia? Demikian hari, dia ditemui sedang bersantai makan malam di sebuah restoran mewah di pencakar langit Moscow. Restoran Sixty itu memang dikenali sebagai tempat makan ahli politik elit Rusia. Jadi, penampakan al-Assad di situ memang sangat mengejutkan.
Ini tak lain tak bukan mencerminkan bahawa keluarga Assad memang sedang hidup mewah dalam lindungan ahli-ahli politik elit di Rusia. Buktinya bukan satu jer. Orang terdekat al-Assad dilaporkan turut nikmati hidup mereka di Moscow. Contohnya, penggunaan jet peribadi, duduk di penthouse mewah, sambutan hari jadi anaknya yang mewah, dan macam-macam lagi.
Jadi siapa al-Assad ni? Kenapa orang benci sangat?
‘Rejim Assad’ ni sebenarnya bermula daripada ayah Bashar, Hafez al-Assad, yang pegang Syria pada tahun 1971 melalui rampasan kuasa tentera. Cara beliau memerintah sangat autoritarian. Kekang kebebasan politik, menindas pihak pembangkang, dan menggunakan risikan tentera untuk kekalkan kuasa. Sempai ke tahap penindasan dan penyeksaan rakyat sendiri. Sistem yang ditinggalkan Hafez ini kemudian diwarisi oleh Bashar al-Assad pada tahun 2000. Masih mengekalkan dasar autoritarian bapanya. Sehingga akhirnya menyebabkan negara haru biru.
Kenapa haru biru?
Kalau korang belum tahu, sejak tahun 2011 lagi, Syria dah terperangkap dalam perang yang kompleks. Tuhan saja yang tahu penyeksaan rakyat di sana hadapi.
Untuk senang faham, konflik ni bermula selepas Gelombang Arab Spring 2011. Bermaksud siri kebangkitan dan protes pro-demokrasi dalam dunia Arab. Protes aman pun dimulakan di bandar-bandar seperti Damascus.
Harapannya hanyalah untuk hentikan korupsi dan bebaskan tahanan politik. Tapi, rejim Assad balas dengan keganasan seperti menemb*k dan menyeksa peserta-peserta protes.
Dari situlah perang saudara Syria tercetus. Senang cerita, perang ini melibatkan beberapa “kumpulan”. Antara yang penting ialah Free Syrian Army (FSA). FSA ini terdiri daripada bekas pegawai tentera dan sukarelawan yang membelot daripada rejim Assad, dengan tujuan untuk melindungi penunjuk perasaan dan menentang rejim secara bersenjata apabila protes aman mula dibalas dengan kekerasan tadi. Mereka ni adalah kumpulan “longgar” dan tiada terikat dengan apa-apa uniti, jadi kadang-kadang berpecah kepada unit-unit kecil, bergabung atau bersaing dengan kumpulan pemberontak lain.
Kedua, penentang Assad (non-ISIS) ni terdiri daripada pelbagai kumpulan yang mahu menegakkan sistem Islamik atau undang-undang syariah di kawasan yang mereka kawal. Dikenali sebagai konservatif dan Autoritarian juga. Ada yang bersifat tempatan dan sekular, ada yang lebih ekstrem. Tujuan utama mereka ialah untuk menggulingkan rejim Assad dan mengambil alih wilayah tertentu. Konflik antara kumpulan pemberontak ini dan FSA kadang-kadang mencetuskan pertempuran dalaman, walaupun dua-dua menentang rejim.
Kemudian, (ISIS) muncul di tengah-tengah kekacauan perang ini. Mereka asalnya datang dari Iraq, mereka ambil kesempatan dalam kekosongan kuasa di Syria untuk menguasai bandar dan wilayah tertentu. Mereka melaksanakan ideologi ganas sendiri. Termasuk pemb*n*han beramai-ramai, penyiksaan, dan perhambaan.
Ada lagi kumpulan-kumpulan lain seperti Kumpulan Kurdi (YPG dan sekutu) yang fokus pada pertahanan wilayah Kurdi dan menentang ISIS. Tapi semuanya memang menentang rejim Assad.
Memang merumitan konflik. Tambahan lagi bila Syria menjadi medan proxy war, di mana kuasa besar dunia menyokong pihak masing-masing. Rusia dan Iran menyokong Assad secara langsung dengan bantuan ketenteraan dan logistik, sementara Amerika Syarikat, Turki, dan beberapa negara lain ada menyokong pemberontak dan juga melindungi kepentingan geopolitik mereka sendiri.
Bila keadaan jadi semakin keruh dalam 13 tahun peperangan ini, pemberontak pun mula serang bahagian rejim Assad itu dan memaksanya untuk “lari” ke Moscow tahun lepas.
Rusia memang memainkan peranan besar dalam mengekalkan rejim Assad ni. Walaupun selepas keganasan dan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Syria. Dengan menghantar tentera, jet pejuang, peralatan ketenteraan dan sebagainya. Sekarang, ternyata Rusia bukan sahaja membantu Assad menindas rakyat, malah turut membolehkan elit keluarga Assad melarikan diri ke Moscow dan hidup mewah tanpa hukuman. Sokongan ini menjadikan Rusia bukan sekadar pemerhati, tetapi pelindung utama rejim yang bertanggungjawab ke atas kemusnahan Syria.
Hasilnya? Ratusan ribu rakyat Syria terb*n*h, jutaan hilang tempat tinggal, dan negara musnah secara ekonomi dan sosial. Assad dan elitnya pula, macam diceritakan tadi kini hidup mewah di Moscow, dilindungi kuasa besar, jauh daripada keadilan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




