Di negara Amerika Syarikat (AS) dan Kanada, ada kaum asal yang serba serbi banyak. Terdapat bangsa-bangsa di timur Amerika yang dulunya ada persekutuan sendiri bernama Haudenosaunee.

Haudenosaunee atau nama lain iaitu Iroquois dan Five Nation ialah persekutuan bangsa-bangsa asal yang menetap di pinggir Tasik Great Lakes. Bangsa-bangsa ini juga berkongsi bahasa dan budaya yang sama.

Sebelum wujudnya persekutuan, kaum-kaum asal Tasik Great Lakes yang berbahasa Iroquois hidup sebagai semi-nomad serta mahir bertani. Yang uniknya mereka berbanding bangsa di luar tasik ialah mereka mempunyai penempatan yang terdiri dari rumah panjang, digelar sebagai ‘longhouse’.

Lebih kurang macam rumah panjang yang dibina oleh orang Iban di Sarawak, rumah panjang orang Iroquois mampu menampung beberapa buah keluarga. Keluarga Iroquois yang berbeza juga boleh menduduki dalam rumah panjang, sekaligus membentuk sebuah suku yang lebih besar.

Terdapat dua teori bagaimana persekutuan Haudenosaunee boleh terbentuk. Pertama, pasukan ahli arkeologi dan antropologi tempatan percaya bahawa persekutuan ini wujud pada tahun 1450. Kedua, masyarakat Iroquois sendiri percaya bahawa persekutuan ini ditubuhkan seawal tahun 1142.

Dikatakan persekutuan ini ditubuhkan oleh tiga orang warak bernama Peacemaker setelah fenomena gerhana matahari terjadi pada 31 Ogos 1142. Nama tiga orang warak ini ialah Dekanawida, Hiawatha, dan Jigonhsasee.

Tiga orang warak ini kemudian sampaikan pesanan kedamaian kepada puak-puak yang saling bertelagah. Kemudian lima puak pertama iaitu Mohawk, Onondaga, Oneida, Cayuga, dan Seneca berdamai dan terbentuknya persekutuan Haudenosaunee.

Pada tahun 1722, satu lagi puak dari kaum Iroquois bernama Tuscarora yang menetap di tenggara Amerika diserap masuk dalam persekutuan. Maka, sejarawan memanggil persekutuan ini dengan nama ‘Six Nation’.

Setelah penubuhan Haudenosaunee, kelima-lima puak Iroquois ini menjadi gabungan puak yang menggerunkan di timur laut Amerika, selain populasi mereka semakin meningkat pada abad ke-17 dan ke-18 Masihi.

Kebangkitan lima puak ini sebagai persekutuan terkuat disebabkan oleh semangat para pahlawan Iroquois yang tidak kenal mati untuk memastikan bahawa mereka dapat mencapai kemenangan. Telah banyak kaum-kaum asal lain yang pahlawan Iroquois ini lawan, seperti puak Algonquian yang menetap di kawasan utara Amerika.

Apabila pasukan pahlawan persekutuan menang dalam pertempuran, mereka jadikan tawanan perang sebagai hamba atau pengganti kepada ahli keluarga yang baru meninggal dunia. Ini secara tak lansung meningkatkan populasi persekutuan ini

Setelah tibanya penjajah British dan Perancis di Amerika Utara, persekutuan Haudenosaunee mula menunjukkan tarin dengan mengisytiharkan perang ke atas puak Huron yang disokong oleh penjajah Perancis pada tahun 1609. Perang yang dipanggil Perang Beaver terjadi untuk memastikan persekutuan ini mendapat kuasa berdagang bulu beaver kepada Perancis dari tangan puak Huron.

Puak Huron akhirnya tumpat di tangan pahlawan Iroquois. Kemudian pasukan pahlawan Iroquois semakin menggila dengan hacurkan puak-puak asal lain, sehingga menguasai wilayah dari pinggir Sungai Sungai Mississippi hingga ke pinggir Lautan Atlantik.

Walaupun menguasai hampir separuh Amerika Utara, tapi persekutuan Haudenosaunee bersikap neutral dengan penjajah British dan Perancis untuk memastikan urusan perdagangan dengan penjajah berjalan dengan lancar.

Namun, persekutuan ini berpihak kepada British untuk menghalau Perancis dari Amerika bermula tahun 1689.
Sehinggalah penubuhan kerajaan AS dan Kanada, persekutuan Haudenosaunee masih hidup aman dan populasi bertebaran terutamanya di New York (AS) dan Quebec (Kanada).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.