Sekali tengok katak ni, dengan empat kakinya berwarna biru dan badannya berwarna merah strawberi, ia memberikan gambaran bahawa katak ini seperti watak adiwira bernama Spiderman dari Marvel Universe!

Sebenarnya, haiwan ini ialah spesis katak racun bernama katak racun strawberi atau katak racun seluar jeans biru (Oophaga pumilio). Spesis katak ini biasa ditemui di Amerika Tengah, terutamanya di negara Nicaragua, Costa Rica, dan utara Panama.

Katak racun strawberi ini termasuk dalam keluarga katak damak racun bernama Dendrobatidae, satu-satunya keluarga katak racun yang hanya hidup di hutan hujan Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Saiz setiap spesis dari keluarga katak ini biasanya kecil, sekitar 1.5 hingga 6.5 sentimeter panjang.

Yang menjadikan keluarga katak damak racun unik berbanding keluarga katak lain ialah kepelbagaian warna badannya yang sangat menjolok mata, terutamanya warna merah, biru, dan kuning.

Tapi, kulit katak ini sangat beracun sehingga mampu meragut nyawa manusia, seperti spesis katak Golden Poison Frog (Phyllobates terribilis) yang mampu hapuskan 20 orang dengan hanya setitik racunnya saja!

Ada sebabnya mengapa keluarga katak ini mempunyai kulit yang beracun. Diet pemakanan keluarga katak damak racun hanyalah semut dan hama saja, tidak seperti katak lain yang biasa memakan lalat.

Biasanya katak ini memakan spesis hama atau semut yang berbisa, kemudian bisa yang dihadam bertukar sebagai bisa badan katak yang mampu menyebabkan pemangsa mengalami sawan apabila katak itu dimakan!

Seperti katak racun strawberi, diet katak ini ialah spesis hama oribatida atau hama kumbang yang tinggal di dalam tanah hutan hujan. Kumbang hama ini mempunyai sejenis toksin bernama pumiliotoxin yang boleh menyebabkan sawan jika dihadam. Tapi, badan katak racun boleh bertindak balas atas racun ini dengan baik, kemudian mengubahnya sebagai racun sendiri.

Ada peranan penting juga kewujudan keluarga katak damak racun. Dari segi keseimbangan ekosistem, katak ini mampu mengawal populasi semut dan hama dari memakan banyak spesis tumbuhan.

Dari segi kegunaan untuk manusia, ramai kaum asal Amerika Tengah dan Selatan jadikan cecair badan katak sebagai racun damak sumpit. Dari kegunaan inilah keluarga katak ini mendapat nama katak damak racun!

Sekarang, terdapat 170 spesis katak damak racun yang masih berkeliaran dan ada sesetengah spesis mengalami ancaman kepupusan seperti katak racun Oxapampa yang hanya ditemui di dalam hutan Peru. Katak ini dikategorikan sebagai terancam secara kritikal (critically endangered) akibat aktiviti pembalakan.

Harap keluarga katak damak racun masih bertahan hidup di dalam hutan hujan Amerika yang semakin diancam oleh aktiviti manusia. Kita tidak mahu tambah lagi spesis haiwan hanya tercatat dalam ensiklopedia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.