Jauh sebelum Columbus melangkah ke Dunia Baru, benua Amerika sebenarnya sudah pun menjadi rumah kepada tamadun-tamadun agung yang tidak kurang hebatnya berbanding Mesir atau Mesopotamia. Kawasan yang kita kenali hari ini sebagai Mexico, Guatemala dan Honduras pernah menjadi nadi kepada satu dunia purba yang penuh misteri iaitu tamadun Mesoamerika.

Apa yang menarik, tamadun-tamadun di rantau ini seperti Olmec, Maya dan Aztec berkembang tanpa pengaruh luar seperti dari Timur Tengah atau Asia. Mereka mencipta sistem tulisan sendiri, membina bandar-bandar besar di tengah hutan tebal, malah mempunyai konsep matematik dan astronomi yang amat maju. Semua ini berlaku sezaman dengan atau mendahului tamadun Eropah zaman pertengahan.

Tamadun paling awal yang mencetuskan peradaban Mesoamerika ialah Olmec, sekitar 1200 SM. Mereka digelar “ibu tamadun” kerana menjadi asas kepada banyak tamadun selepasnya di Mesoamerika. Olmec terkenal dengan kepala batu gergasi seberat 40 tan yang masih tegak berdiri di San Lorenzo dan La Venta. Walaupun banyak misteri masih menyelubungi bangsa ini, jelas mereka memiliki kepakaran seni bina dan organisasi sosial yang tinggi.

Selepas kejatuhan Olmec, muncul pula Maya, antara tamadun mesoamerika paling cemerlang dalam bidang ilmu. Mereka membina piramid bertingkat seperti di Tikal dan Palenque, mengira masa menggunakan kalendar solar dan lunar yang lebih tepat berbanding kalendar Eropah, serta memahami konsep sifar dalam matematik yang merupakan sesuatu yang luar biasa untuk zaman itu. Lebih menakjubkan, piramid dibina sebagai pusat upacara keagamaan yang diatur mengikut pergerakan bintang.

Menjelang abad ke-14, kuasa berpindah ke tangan Aztec, bangsa yang membangunkan kota Tenochtitlán di tengah tasik yang kini dikenali sebagai Mexico City. Kota ini mempunyai terusan, jambatan dan kuil gergasi seperti Templo Mayor. Aztec terkenal dengan sistem ketenteraan yang teratur, ekonomi berasaskan pasar dan upacara pengorbanan manusia yang mengerikan namun dianggap suci dalam kepercayaan mereka.

Namun, segalanya berubah pada awal abad ke-16 apabila Sepanyol di bawah Hernán Cortés mula menakluki bumi Mesoamerika. Piramid yang pernah memuliakan dewa kini usang terbengkalai dan dunia purba yang megah itu lenyap ditelan arus kolonialisme.

Hari ini, sisa-sisa keagungan itu masih berdiri di tengah hutan. Binaan-binaan itu masih menyimpan kisah tentang tamadun yang pernah mencapai puncak kemajuan sebelum dunia mengenal nama “Amerika”. Mesoamerika adalah bukti bahawa kebijaksanaan manusia tidak pernah terhad pada satu benua.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.