Awal abad ke-20, China bukanlah kuasa besar seperti yang kita kenal hari ini. Negara itu ketika itu sedang dihina, dipaksa tunduk kepada kuasa-kuasa asing dan kehilangan banyak wilayah akibat manipulasi penjajah. Namun di tengah keaiban itu, lahir satu gerakan rakyat yang menentang penjajahan Barat yang dikenali sebagai Gerakan Boxer atau Yihetuan Movement.
Gerakan ini bermula sekitar tahun 1899 di wilayah Shandong, kawasan yang dikuasai kuat oleh pengaruh misionari dan pedagang Eropah. Ramai rakyat China marah dan kecewa apabila melihat tanah mereka dikuasai, budaya mereka dipijak dan agama asing mula menular. Di sinilah muncul sekumpulan petani dan ahli seni bela diri yang menamakan diri mereka Yihetuan, bermaksud Kesatuan Harmoni dan Keadilan.
Barat pula memanggil mereka Boxers kerana kemahiran seni bela diri mereka. Gerakan Boxer ini adalah simbol kemarahan rakyat terhadap campur tangan asing. Mereka percaya diri mereka kebal daripada peluru dengan bantuan roh nenek moyang dan semangat patriotik yang membara. Slogan mereka jelas: “Usir penjajah asing!”
Pada mulanya, Qing (kerajaan China ketika itu) cuba mengekang gerakan ini. Tapi apabila gerakan semakin kuat dan disokong ramai rakyat, Maharani Dowager Cixi akhirnya berpaling tadah dan memilih untuk menyokong mereka secara senyap. Tahun 1900, pemberontakan besar-besaran pun meletus. Ribuan Boxer menyerang kedutaan asing di Beijing, membunuh misionari serta orang Cina yang dianggap bersekongkol dengan Barat.
Tindakan itu mengundang tindak balas keras. Lapan kuasa besar dunia; Britain, Jepun, Rusia, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Itali dan Austria-Hungary, pun menghantar gabungan tentera seramai lebih 20,000 orang untuk menundukkan China. Mereka menjarah kota Beijing, membakar kampung dan memaksa Qing menandatangani Boxer Protocol pada tahun 1901.
Perjanjian itu sangat menghina: China perlu membayar pampasan perang yang amat besar, membenarkan askar asing berkubu di ibu negara dan menghukum pemimpin Boxer. Namun walau kalah, semangat Gerakan Boxer menjadi titik penting dalam sejarah nasionalisme China. Ia menunjukkan bahawa rakyat biasa juga berani menentang kuasa besar dunia.
Gerakan Boxer mungkin gagal secara ketenteraan, tapi ia membangkitkan satu kesedaran baharu. Bahawa China mesti berubah, bersatu dan berdiri di atas kaki sendiri.
Tanpa kebangkitan itu, mungkin semangat nasionalisme yang akhirnya melahirkan Republik China pada tahun 1911 tidak akan pernah menyala. Dari pemberontakan yang berdarah itu, lahirlah kesedaran bahawa maruah bangsa tidak boleh dijual, dan kuasa asing tak akan pergi jika rakyat tidak berani melawan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




