Biasanya kita kenal orang Inuit sebagai orang asal yang tinggal di kawasan Artik dan hanya mahir memburu mamalia laut sebagai sumber makanan saja. Tapi, mereka sebenarnya mahir dalam pertukangan! Buktinya ialah cermin mata yang bergaya diperbuat dari tulang paus!
Cermin mata ini sebenarnya ialah cermin mata salji atau gogal salji (snow goggles) yang dicipta oleh nenek moyang orang Inuit sejak 2,000 tahun lalu. Mereka memanggil gogal ini dengan nama ikgaak atau nigaugek.
Penciptaan gogal salji Inuit telah dijejaki seawal zaman kebudayaan Old Bearing Sea, kemudian ilmu penciptaan disampaikan kepada orang Inuit dan Yupik. Mereka gunakan bahan di sekeliling seperti gading anjing laut, tulang paus, dan dahan pokok yang hanyut.
Mereka mencipta gogal salji ini bukan semata-mata bergaya saja walaupun terdapat banyak ukiran cermin mata yang menarik. Gogal ini berperanan untuk menutup mata dari mengalami keadaan ‘buta salji’.
Di Kutub Utara biasanya mengalami siang selama enam bulan lamanya. Pencahayaan dari matahari akan melantun dari lantai yang diliputi salji, kemudian memancar ke kawasan mata. Jika mata terdedah dalam masa yang lama, kulit mata dan kornea mata mengalami selaran matahari (sunburn) yang teruk.
Inilah ‘buta salji’ yang biasa orang Inuit hadapi. Bagi mengelakkan keadaan itu terjadi, gogal salji diperlukan. Maka, mereka menukang gunakan bahan yang mereka dapat disekeliling, mengukir bentuk gogal yang bersaiz kecil, cukup untuk muat memakai di kawasan mata, dan tebukkan sepasang lubang kecil untuk memudahkan penglihatan.
Ada juga gogal salji Inuit dicat hitam bagi mengelakkan orang lain mengalami ‘buta’ apabila berdepan dengan seseorang yang memakainya. Mereka boleh menghiasi gogal salji sendiri dengan mengukir motif sendiri.
Urat lembu karibou pula digunakan sebagai tali semula jadi, mengikat gogal salji supaya mudah dipakai. Maka, siaplah gogal salji Inuit yang penuh inovatif!
Yang uniknya tentang gogal ini, penciptaannya lebih tua beberapa ratus tahun dari penciptaan pertama cermin mata yang gunakan kaca pada abad ke-13 Masihi di utara Itali.
Walaupun sekarang telah banyak gogal salji dihasilkan dan dipakai oleh penggemar ski, kita kena akui bahawa orang Inuit dan Yupik bukan sekadar orang asal yang tahu memburu anjing laut untuk hidup saja, mereka sebenarnya genius dalam menyelesaikan masalah penglihatan di kawasan yang begitu ekstrem!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




