Siapa je yang tak kenal kelab Selangor FC, yang menjadi suatu fenomena pada satu masa dahulu? Yalah, sebuah kelab yang penuh dengan sejarah kehebatannya pada masa lampau, namun kini, masih mencari-cari di mana taring mereka yang sudah patah. Apakah sejarah mereka?
Kelab yang digelar The Red Giants ini bermula pada tahun 1936 sebagai sebuah pasukan negeri yang mahu menyatukan bakat bola sepak di Selangor, dengan memakai nama Selangor FA. Pasukan ini terbentuk selepas dua persatuan di Selangor bergabung membentuk FAS, iaitu SAFL dan SFA.
Dari awal lagi pasukan ini sudah tunjuk kehebatannya dengan gaya permainan yang tersusun dan disiplin yang kuat, sesuatu yang menjadikan mereka pasukan digeruni di peringkat tempatan.
Pada era awal bola sepak Tanah Melayu, Selangor cepat naik sebagai kuasa besar kerana mereka mempunyai ramai pemain berkualiti. Warna merah dan kuning yang mereka pakai menjadi sebuah tanda simbol kekuatan dan maruah yang mereka bawa di atas padang.
Masuk sahaja era 1950-an dan 1960-an, Selangor sudah mula menjadi powerhouse Piala Malaysia yang begitu konsisten. Ketika itu bola sepak tempatan adalah hiburan nombor satu rakyat dan The Red Giants sentiasa menjadi pasukan pilihan untuk ditonton. Piala demi piala telah dikumpul sehingga menjadikan mereka kelab paling berjaya dan dihormati dalam sejarah bola sepak Malaysia.
Antara nama yang menjulang Selangor ke puncak termasuklah pemain legenda seperti Abdul Ghani Minhat, Mokhtar Dahari dan Soh Chin Aun. Walaupun mereka datang dari latar belakang berbeza, setiap seorang membawa semangat juang yang menjadikan Selangor kelab penuh aura.
Bahkan, bakat-bakat mereka inilah telah membawa nama Selangor sehingga dikenali di rantau Asia. Selangor punya kuat, sampaikan hampir semua skuad Malaysia dahulu datang daripada Selangor sendiri.
Tahun demi tahun, Selangor terus mengumpul piala seolah olah mereka dilahirkan untuk memenangi pertandingan. Secara rekod, Selangor telah memenangi kira-kira 61 trofi kesemuanya.
Dan, 33 daripadanya adalah hasil kehebatan mereka dalam Piala Malaysia, di mana ia masih menjadi sebuah rekod yang sukar dicabar sehingga hari ini. Setiap kali musim baru bermula, penyokong sudah bersedia untuk melihat lagi satu detik kebangkitan pasukan kesayangan mereka.
Selain Piala Malaysia, Selangor juga pernah memenangi beberapa piala lain seperti 2 Liga Super Malaysia, 5 Piala FA, 8 Piala Sumbangsih dan sebagainya. Gaya bola sepak mereka sering berubah mengikut zaman tetapi semangat pasukan tidak pernah luntur.
Walaupun banyak pasukan cuba mengatasi mereka, The Red Giants tetap bertahan sebagai simbol kelab paling berprestij di negara ini.
Namun masuk sahaja era profesional, Selangor mula melalui fasa perubahan yang agak mencabar. Dunia bola sepak semakin moden dan kelab memerlukan struktur yang lebih kukuh untuk kekal kompetitif.
Ada masa mereka naik dan ada masa mereka jatuh tetapi penyokong setia tetap ada di belakang mereka tidak kira apa yang berlaku. Lama-kelamaan, zaman keemasan Selangor perlahan-lahan berubah kepada prestasi yang lebih sederhana.
Kadang-kadang mereka bermain hebat tetapi kadang kadang prestasi mereka suam suam kuku sehingga membuatkan penyokong tertanya tanya ke mana hilangnya keagungan lama. Namun begitu, sejarah kelab ini terlalu kuat untuk dilupakan begitu sahaja.
Sebut pasal Selangor ni jugak kan, mesti kita lihat satu persamaan yang amat ketara di sebuah negara pasir berdengung. Tidak lain dan tidak bukan sebuah kelab yang memakai nama The Red Devils, iaitu Manchester United.
Sebuah kelab yang dahulunya di bawah pakcik Ferguson, mengalami zaman kegemilangan namun kini masih mencari-cari tangga untuk mereka kembali naik ke atas.
Lagi best, buat pengetahuan korang, kelab adik-beradik ini juga pernah bersua muka, iaitu dalam dua perlawanan persahabatan pada tahun 1995 di Stadium Shah Alam. Satu game, Manchester United menang 4-1, dan lagi satu menang 2-0.
Apa-apa pun, adakah kedua-dua kelab agung ini akan kembali kepada zaman keagungannya?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




