Apabila sebut tentang Kota Giza di Mesir, mesti kita bayangkan tiga buah piramid agung yang kukuh selama beribu-ribu tahun. Tapi, jangan lupa ada satu tugu yang sekian lama bersama piramid ini, malah sehingga sekarang pengkaji tidak tahu siap yang membinanya!

Tugu yang dimaksudkan itu ialah Sphinx. Rupanya seperti wajah manusia, berbadan singa, dan mempunyai sayap helang mengikut rekod tulisan hieroglif. Keunikkan rupa Sphinx ini memperlihatkan betapa uniknya patung ini sehingga dikenali oleh tamadun kuno lain.

Sphinx pernah direkodkan dalam mitologi luar tamadun Mesir Purba, seperti mitologi Yunani Kuno. Dalam mitologi Yunani Kuno, Sphinx dihantara oleh dewa-dewi untuk hancurkan kota Thebes. Orang Arab pula mengenali Sphinx dengan gelaran ‘Abu al-Hawl’.

Sejarah monumen setinggi 20 meter dan panjangnya 73 meter ini bermula dari projek mengukir patung ini dari lantai batu kapur pada 2,500 SM dahulu. Ini bermaksud orang Mesir mengukir dari atas kepala Sphinx yang pada asalnya lantai tempat mereka berpijak pada waktu itu!

Namun, persoalan utama bagi ahli arkeologi untuk membongkar patung terkenal ini ialah siapakah yang memulakan projek ukiran Sphinx ini? Dan apakah fungsi asal pembinaannya?

Menurut pendapat arus perdana, sphinx ini dibina untuk firaun Khafre dan fungsinya ialah sebagai tugu pemyembahan dewa Ra iaitu dewa matahari Mesir Kuno.

Walau bagaimanapun, pendapat tersebut hanya andaian saja kerana tidak ada bukti tentang perkaitan firaun Khafre dan Sphinx ini. Terdapat juga sumber manuskrip Mesir Purba menyatakan bahawa Sphinx ialah dewa Anubis bersaiz gergasi. Tetapi, jawapan mutlak untuk asal-usul sphinx masih belum ditemui sehingga kini.

Satu lagi misteri berlegar ke atas tugu unik ini ialah kesan hakisan ke atas tugu tersebut. Menurut ahli geologi bernama Robert Schoch dari Universiti Boston, kesan hakisan yang terdapat atas sphinx ini sebenarnya akibat titisan hujan, bukannya angin yang ramai pengkaji ketengahkan tentang hakisan ini.

Jika air hujan ialah penghakis patung tersebut, maka usia Sphinx lebih tua dari 2,500 SM. Kalau benar usia Sphinx ini lebih tua dari monumen Piramid Besar Giza!

Penemuan dari Schoch ini menimbulkan banyak personalan baru sehingga banyaknya teori hasil dari pemikiran liar pengkaji. Antaranya ialah Sphinx dibina pada 10,000 SM sebagai rujukan kedudukan buruj Leo. Namun, teori ini dipatahkan lansung oleh ramai pengkaji.

Satu lagi teori berkenaan Sphinx ini ialah teori bilik bawah tanah yang dipopularkan oleh penulis majalah Smithsonian bernama Edgar Cayce pada tahun 1932.

Menurut beliau, Sphinx dibina oleh orang Atlantis pada tahun 10,500 SM. Di bawah sphinx mereka membina bilik bawah tanah untuk menyimpan rekod sejarah dan rahsia tentang tamadun Atlantis dan kaum manusia lain.

Walaupun bagaimanapun, teori tetap teori selagi mana tiada sesiapa berani ke hadapan dan bongkarkan asal-usul Sphinx ini. Apa-apa pun Sphinx masih lagi boleh dilawat untuk para pelancong, terutamanya peminat sejarah Mesir Purba!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.