Apabila bayi telah dilahirkan, biasanya akan ada majlis atau upacara untuk meraikan kelahiran bayi ini, seperti melakukan majlis tahnik dan akikah bagi warga muslim dan tradisi Jatakarma bagi warga Hindu. Tapi di Sepanyol, ada upacara aneh setelah mengetahui ada bayi baru lahir, iaitu tradisi melompat ke atas bayi bernama El Colacho!
Ia memang aneh tapi begitulah tradisi yang diamalkan oleh masyarakat kampung Castrillo de Murcia yang terletak di tengah Sepanyol. Usia tradisi ini telah lama, sejak tahun 1620.
Tradisi ini termasuk dalam pesta keagamaan Kristian Katolik bernama Corpus Christi. Ia bermula dengaan kehadiran seorang lelaki yang bergelar ‘El Colacho’ yang memakai pakaian cerah atau berwarna kuning, serta memakai topeng. El Colacho ini mereka dianggap sebagai setan.
El Colacho akan memulakan langkah melompat atas tilam, tempat bayi berusia 12 bulan berbaring atas keredaan ibubapa. Masyarakat sana percaya jila tradisi ini dijalankan, bayi akan selamat dari segala dosa, sakit, dan dilindungi dari ancaman roh jahat, dan memastikan bayi mempunyai kehidupan yang baik di masa hadapan.
Bukan satu bayi saja, ramai bayi yang ibubapa merelakan anak mereka dilangkah oleh El Colacho. Beginilah keadaan pesta yang begitu meriah dan penuh dengan masyarakat yang mempercayai anak mereka akan selamat jika dilangkah ‘setan’.
Tradisi melompat ini berterusan sehingga seluruh warga dunia mengetahui tentang tradisi ini. Ramai yang risau terutamanya ibubapa luar Sepanyol, tentang keselamatan bayi yang dilompat itu. Maka, pihak perkampungan telah melaksanakan langkah keselamatan untuk menjalankan tradisi yang telah mereka amalkan.
Antara langkahnya ialah megupah seorang El Colacho. Biasanya El Colacho diambil dari ahli persatuan keagamaan bernama Brotherhood of Santísimo Sacramento de Minerva. Persatuan inilah yang menganjurkan tradisi El Colacho dan memastikan keselamatan terjamin apabila upacara bermula.
Pengamalan El Colacho menunjukkan bahawa masyarakat Eropah masih memegang ajaran yang asalnya dari agama pagan walaupun majoritinya menganut ajaran Kristian. Tradisi inilah bukti percampuran kedua-dua agama yang berasingan, kemudian membentuk masyarakat Sepanyol sekarang.
Tradisi selain El Colacho yang melambangkan keanehan rakyat Sepanyol ialah Pesta La Tomatina, iaitu pesta melontar tomato. Bagi masyarakat kota Buñol, festival seawal tahun 1940-an dilaksanakan dengan melempar buah tomato beramai-ramai ke atas peserta lain, sebagai tanda penghormatan kepada pengorbanan Virgin Mary.
Walaupun aneh bagi masyarakat luar Sepanyol, tapi inilah tradisi kebanggaan warga kampung Castrillo de Murcia. Kalau boleh, mereka nak kekalkannya walaupun dunia sekarang berada dalam arus pemodenan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




