Perasan tak, bila sembang pasal negara jiran kita di utara, kadang-kadang orang sebut Siam, kadang-kadang orang sebut Thailand. Jadi, mana satu yang betul? Kenapa dua nama berbeza digunakan untuk negara yang sama?

Hakikatnya, kedua-dua nama ini ada kisah sejarah dan politik yang cukup panjang. Nama “Siam” sebenarnya sudah digunakan sejak beratus tahun, malah tercatat dalam catatan Portugis, Belanda dan juga British sejak abad ke-16. Pedagang Arab dan China juga pernah merekodkan kerajaan besar di kawasan ini dengan nama yang mirip “Siam”.

Pendek kata, “Siam” adalah nama tradisi yang melekat dalam ingatan dunia luar.

Tapi pada tahun 1939, berlaku perubahan besar. Negara itu di bawah pimpinan Field Marshal Plaek Phibunsongkhram, membuat keputusan rasmi untuk menukar nama daripada Siam kepada Thailand.

Kenapa mereka nak tukar? Sebab kerajaan masa itu mahu mengangkat identiti “Thai” sebagai bangsa utama, sekaligus menonjolkan semangat nasionalisme moden. Kata “Thai” sendiri membawa maksud “bebas”, jadi “Thailand” bermaksud “Tanah Orang Merdeka”.

Namun, perubahan nama ini bukan saja tentang soal kebangsaan. Perubahan ini juga ada dimensi politik. Dengan menekankan “Thai” sebagai identiti dominan, kerajaan seakan cuba mengetepikan kepelbagaian etnik yang ada, termasuk orang Lao, Khmer, Mon, Melayu Patani dan lain-lain yang selama berabad-abad juga menjadi sebahagian daripada wilayah itu.

Bagi sesetengah sejarawan, perubahan nama ini adalah usaha untuk “mencairkan” identiti minoriti dan meletakkan bangsa Thai di tempat paling atas.

Yang menariknya, antara 1945 hingga 1949, selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua, negara itu kembali guna nama Siam sekejap. Tapi selepas keadaan politik stabil, kerajaan sekali lagi memilih “Thailand” sebagai nama rasmi dan kekal sampai hari ini.

Di Malaysia sendiri, penggunaan nama juga berbeza ikut konteks. Kalau bercakap pasal sejarah lama, orang Melayu biasa sebut Siam, sebab itu yang melekat dalam hikayat, cerita lisan, malah dalam perjanjian Inggeris-Melayu abad ke-19. Tapi bila kita rujuk negara moden, kita sebut Thailand, sebab itu nama rasmi di pentas antarabangsa.

Jadi, kenapa sekejap Siam, sekejap Thailand?

Jawapannya mudah: Siam adalah warisan sejarah, Thailand adalah identiti moden. Dua-dua betul, tapi penggunaannya bergantung kepada zaman dan konteks. Yang lebih penting, perkara ini tunjukkan bagaimana sesuatu nama bukan hanya label kosong, tapi lambang kepada kuasa, politik dan identiti sesebuah bangsa.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.