Bila kita imbau balik zaman COVID-19, satu dunia seakan lumpuh. Lockdown, vaksin, hospital penuh. Semua tu masih segar dalam ingatan kita. Tapi tahu tak, seratus tahun sebelum itu, dunia pernah dilanda satu wabak yang jauh lebih bahaya?
Itulah Spanish Flu 1918, satu pandemik yang membunuh puluhan juta manusia, lebih dahsyat daripada COVID-19.
Wabak ini muncul pada tahun-tahun terakhir Perang Dunia Pertama. Askar-askar yang berpindah dari satu medan perang ke satu medan lain jadi penyebar pantas virus influenza yang sangat agresif.
Kenapa dipanggil Spanish Flu?
Bukan sebab ia bermula di Sepanyol, tapi kerana negara itu neutral dalam perang. Media Sepanyol bebas melaporkan tentang wabak, sementara negara lain cuba sembunyikan keadaan sebenar supaya tak melemahkan semangat perang rakyat mereka. Akhirnya, orang ramai ingat wabak ini datang dari Sepanyol.
Apa yang buat Spanish Flu menakutkan ialah skala kematian. Anggaran menunjukkan lebih 500 juta orang dijangkiti, iaitu hampir satu pertiga penduduk dunia ketika itu. Dan yang meninggal? Sekitar 50 hingga 100 juta orang. Bandingkan dengan COVID-19 yang mencatat lebih 7 juta kematian global, jelas sekali Spanish Flu jauh lebih ganas.
Satu lagi perbezaan ketara: COVID-19 banyak menyerang orang tua atau mereka yang ada penyakit kronik. Tapi Spanish Flu lagi agresif, virus ni bunuh ramai golongan dewasa muda berusia 20 hingga 40 tahun. Bayangkan, generasi muda yang baru nak membina hidup, pupus dalam jumlah yang besar. Kesan sosialnya sangat mendalam.
Selain itu, sistem kesihatan pada tahun 1918 langsung tak bersedia. Tak ada ventilator, tak ada antibiotik untuk rawat jangkitan sekunder, malah tak ada vaksin. Rawatan lebih kepada kuarantin dan bergantung pada nasib. Ramai yang mati bukan sebab virus semata-mata, tapi kerana radang paru-paru (pneumonia) yang datang bersama wabak.
Pandemik ini juga tinggalkan kesan politik dan ekonomi. Negara-negara yang baru habis perang jadi semakin lemah. Di India, berjuta-juta mati akibat wabak ini, sekaligus menambah tekanan terhadap British. Ada sejarawan kata, Spanish Flu mempercepatkan proses perubahan geopolitik abad ke-20.
Kesimpulannya, kalau COVID-19 buat kita rasa dunia seakan lumpuh, Spanish Flu 1918 buktikan sejarah pernah menyaksikan sesuatu yang lebih parah. Bezanya, dulu dunia kurang teknologi perubatan dan maklumat.
Meskipun hari ini kita lebih bersedia, namun jangan pernah kita lupa sejarah ini. Sejarah ini mengingatkan kita: virus kecil pun boleh jatuhkan dunia yang besar.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih





