Kalau kita baca sejarah abad ke-19, kita akan jumpa satu gelaran yang agak kejam ditujukan kepada Empayar Uthmaniyyah: “Sick Man of Europe” atau orang sakit Eropah. Bayangkan, sebuah empayar Islam yang pernah kuasai tiga benua, tawan Konstantinopel, gegarkan Eropah selama berabad-abad… akhirnya direndahkan jadi ‘orang sakit’.

Tapi, dari mana datangnya gelaran ini?

Gelaran ini pertama kali disebut oleh Tsar Nicholas I dari Rusia pada tahun 1853. Waktu itu, Uthmaniyyah memang tengah merosot. Ekonomi tenat, tentera lapuk dan wilayah satu persatu terlepas dari genggaman. Kalau dulu Uthmaniyyah mampu gerakkan bala tentera besar hingga ke Vienna, kini mereka terpaksa bergantung pada hutang luar untuk bertahan.

Sebab utama kejatuhan ini ada banyak.

Pertama, teknologi dan ketenteraan. Revolusi Industri menjadikan Eropah Barat jauh lebih maju dari segi senjata, kapal perang dan infrastruktur. Uthmaniyyah yang dulu kuat dengan Janissari mula ketinggalan. Tambahan pula, Janissari sendiri jadi beban, lebih suka berpolitik daripada berperang.

Kedua, isu kewangan. Empayar ini mula bergantung pada pinjaman asing, terutama dari Britain dan Perancis. Hutang yang menimbun buatkan Uthmaniyyah hilang kedaulatan ekonomi. Pada 1881, mereka terpaksa serahkan kawalan hasil cukai kepada kuasa Barat melalui Ottoman Public Debt Administration. Bayangkan, negara besar tapi hasil cukainya dikawal orang luar.

Ketiga, isu dalaman dan nasionalisme. Dari Balkan hingga ke Mesir, rakyat mula bangkit dengan semangat kebangsaan. Orang Serbia, Yunani, Bulgaria, semua mula tuntut kemerdekaan. Empayar yang dulu megah dengan kepelbagaian, kini jadi rapuh kerana terlalu banyak bangsa mahu keluar dari cengkaman Istanbul.

Dan jangan lupa faktor geopolitik: kuasa-kuasa Eropah lain tak mahu Uthmaniyyah jatuh begitu saja. Mereka gunakan istilah “Sick Man” bukan hanya untuk menghina, tapi juga untuk gambarkan keadaan sebenar: Uthmaniyyah berada di hujung nyawa, dan Eropah sedang berebut-rebut untuk menentukan siapa akan mewarisi wilayahnya. Perang Crimean (1853–1856) contohnya, tercetus kerana rebutan ini.

Akhirnya, “Sick Man of Europe” itu bertemu dengan ajal. Selepas Perang Dunia Pertama, Empayar Uthmaniyyah runtuh sepenuhnya dan diganti dengan Republik Turki moden pada 1923 di bawah Mustafa Kemal Atatürk.

Ironinya, orang yang pernah ditakuti kerana kekuatan kini dikenang sebagai “orang sakit” yang gagal bertahan di zaman moden. Tapi dari sisi lain, sejarah ini juga jadi pengajaran. Bahawa tiada empayar yang kekal selamanya. Yang megah hari ini, boleh jadi ‘orang sakit’ esok sebelum bertemu ajal.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.