Bayangkan dunia tanpa algebra. Tak ada simbol x, y, z dalam matematik. Tak ada formula yang jadi asas sains moden. Malah, komputer yang kita guna hari-hari pun mungkin tak wujud. Semua itu ada titik mula dan titik itu datang daripada seorang ilmuwan Muslim hebat bernama Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi.
Dilahirkan sekitar tahun 780 Masihi di Khwarizm (Uzbekistan), Al-Khawarizmi hidup pada zaman kegemilangan Baitul Hikmah di Baghdad. Di situlah, di bawah naungan Khalifah Abbasiyah, beliau menulis karya-karya yang mengubah cara manusia berfikir tentang nombor dan penyelesaian masalah.
Karya agung beliau, Al-Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wal-Muqabala, menjadi titik revolusi. Dari judul itulah lahir perkataan “al-jabr”, yang kemudian kita kenal sebagai algebra. Buku ini bukan hanya tentang kumpulan formula kering, tetapi panduan praktikal menyelesaikan masalah harian: kiraan pusaka, pembahagian tanah, transaksi perniagaan. Beliau bawa matematik keluar dari teori, masuk ke dunia nyata.
Lebih menarik, Al-Khawarizmi juga dikenali sebagai “Bapa Algoritma”. Nama beliau sendiri, “Al-Khawarizmi”, menjadi akar perkataan “algorithm”. Tanpa algoritma, tak ada sistem pengiraan moden, tak ada enjin carian Google, tak ada media sosial. Boleh dikatakan setiap kali kita scroll telefon, sebenarnya kita sedang menikmati hasil penemuan Al-Khawarizmi.
Selain algebra, beliau turut menyumbang dalam bidang astronomi, geografi dan trigonometri. Beliau menghasilkan peta dunia yang lebih tepat untuk zamannya, serta memperkenalkan sistem nombor Hindu-Arab ke dalam dunia Islam, yang akhirnya menyebar ke Eropah.
Cuba bayangkan kalau orang Barat masih guna angka Rom (I, V, X) sampai hari ini, susah nak buat kira-kira, kan?
Warisan Al-Khawarizmi tak berhenti di dunia Islam. Pada abad ke-12, karya-karya beliau diterjemah ke dalam bahasa Latin dan jadi asas kepada perkembangan matematik di Eropah. Tanpa beliau, mungkin Renaissance dan Revolusi Saintifik lambat berputik.
Jadi, bila kita belajar algebra di sekolah dan rasa pening dengan “x + y = z”, ingatlah: itu bukan saja pasal subjek matematik. Itu adalah warisan seorang genius Muslim yang fikirannya mendahului zamannya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih





