Bayangkan Eropah pada abad ke-13. Kota-kota yang baru bangkit dari Zaman Gelap, istana-istana feudal yang penuh angkuh dengan bendera salib dan para kesatria yang menyangka mereka penguasa dunia.

Namun dari timur jauh, muncul satu gelombang penunggang kuda yang tiada tandingannya dalam sejarah: bangsa Mongol. Dari padang stepa yang keras, mereka menakluk China, membakar Khwarezm, meruntuhkan Baghdad dan menyeberangi Asia Tengah dengan kelajuan yang menggerunkan.

Dunia Islam dan Asia Timur sudah merasai bahangnya dan tiba giliran Eropah.

Pada 1241, Mongol mara ke Eropah dengan penuh keganasan. Di Hungary, mereka memusnahkan tentera Raja Béla IV dalam Pertempuran Mohi. Di Poland, pasukan tentera salib dan kesatria Teuton dihancurkan di Legnica. Bayangan maut ini menyelubungi seluruh Eropah. Semua menyangka tidak lama lagi, kuda-kuda Mongol akan berlari di dataran Paris, gereja-gereja akan dibakar dan tamadun Latin akan berkubur.

Tetapi, peliknya, setelah membuka jalan selebar-lebarnya, Mongol berhenti. Mereka berpatah balik. Barat terselamat. Maka muncul soalan besar: kenapa Mongol yang digeruni, yang seolah-olah tak kenal perkataan “gagal”, tiba-tiba menghentikan penaklukan mereka di tengah jalan?

Jawapannya ada kaitan dengan politik dalaman Mongol sendiri.

Pada penghujung 1241, berita sampai bahawa Ögedei Khan, si anak Genghis Khan yang menjadi penguasa Agung, telah mangkat. Mengikut tradisi Mongol, semua putera dan jeneral utama mesti pulang ke Karakorum untuk menghadiri kurultai (perhimpunan agung) bagi memilih pengganti.

Tiada siapa berani melanggar adat ini. Maka Subutai, sang jeneral agung yang hampir melumpuhkan Eropah terpaksa menahan langkahnya dan pulang.

Selain itu, Eropah bukanlah tanah yang “menguntungkan” berbanding China atau Parsi. Tanahnya sempit untuk ternakan kuda, kota-kotanya tidak sekaya Baghdad atau Kaifeng dan logistik bagi tentera Mongol sangat sukar.

Musim sejuk Eropah juga menghalang pergerakan tentera Mongol yang terbiasa dengan padang rumput luas. Bagi Mongol, menawan China atau dunia Islam jauh lebih menguntungkan berbanding Eropah Barat yang masih mundur.

Maka, Eropah terselamat bukan kerana kekuatan mereka, tetapi kerana kelemahan dalaman Mongol sendiri dan keputusan politik yang memaksa mereka berhenti. Jika Ögedei tidak mangkat pada saat itu, mungkin peta Eropah hari ini tidak wujud seperti yang kita kenal.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.