Bila kita sebut perkataan Firaun, bayangan pertama yang muncul dalam kepala biasanya seorang lelaki bermahkota gah, berwajah garang, dengan tongkat dan cambuk kekuasaan. Imej itulah yang dominan dalam sejarah Mesir Purba.

Tapi persoalan menarik timbul: “biar betul, ada ke wanita yang pernah jadi Firaun? ”

Jawapannya: ya, dan mereka bukan sekadar pelengkap, malah ada yang lebih berpengaruh daripada raja lelaki.

Dalam sejarah Mesir Purba, pemerintahan biasanya diwariskan kepada putera lelaki. Namun, keadaan politik kadang kala memaksa wanita daripada keluarga diraja tampil ke hadapan.

Salah satu tokoh paling masyhur ialah Hatshepsut (abad ke-15 SM), yang memerintah sebagai Firaun, bukan sekadar pemangku kuasa. Hatshepsut pada mulanya menjadi permaisuri kepada Thutmose II, tetapi selepas kematian suaminya, takhta diwariskan kepada anak tiri yang masih kecil.

Daripada menjaga takhta sementara, lebih baik terus naik dan pegang takhta. Jadi Hatshepsut pun naik ke kedudukan mutlak. Baginda memakai gelaran, mahkota, dan gelaran penuh seorang Firaun.

Apa yang menarik, Hatshepsut digambarkan dalam ukiran dan patung sebagai lelaki. Lengkap dengan janggut palsu diraja dan dada bidang bak seorang lelaki. Ini bukan sebab baginda ingin menipu, tetapi kerana simbol Firaun itu sendiri terlalu sinonim dengan maskulin.

Walau bagaimanapun, hakikatnya rakyat Mesir menerima pemerintahan Hatshepsut, malah di bawah baginda, Mesir menikmati kestabilan politik, projek pembinaan gergasi dan perdagangan antarabangsa yang makmur.

Selain Hatshepsut, ada juga Sobekneferu (abad ke-19 SM). Sobeknefru memerintah selepas kematian saudara lelakinya. Sobeknefru menjadi antara wanita yang memakai gelaran Firaun. Walaupun pemerintahan singkat, sejarah ini menandakan bahawa pintu terbuka untuk wanita menduduki takhta.

Namun, tak semua wanita yang memegang kuasa dirakam sebagai pemerintah mutlak. Ada yang berperanan di belakang tabir, ada juga yang namanya dipadamkan oleh pewaris lelaki kerana dianggap “melanggar adat”.

Malah, selepas kematian Hatshepsut, banyak ukiran dan prasasti tentangnya dihapuskan, seolah-olah untuk memadamkan kewujudan seorang ratu yang berani menyaingi lelaki.

Jadi, realitinya Mesir Purba tidaklah sepenuhnya patriarki keras seperti yang selalu kita bayangkan. Wanita, jika lahir pada masa dan keadaan yang betul, juga boleh mencapai puncak kuasa politik tertinggi.

Persoalan ini juga membuka mata kita: simbol kuasa kadang-kadang lebih besar daripada jantina. Dalam kes Hatshepsut dan Sobekneferu, mereka membuktikan bahawa takhta Mesir bukan hanya milik lelaki.

Sejarah Mesir Purba akhirnya membuktikan bahawa “Firaun” bukanlah satu wajah tunggal. Ia adalah sebuah institusi kuasa dan kuasa itu, pada saat tertentu, pernah berada di tangan wanita.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.