Sejarah diplomasi China pada zaman silam penuh dengan simbolisme dan hierarki. Salah satu fenomena yang menarik ialah bagaimana maharaja-maharaja China dulu menganggap negara luar sebagai adik kecil dalam hubungan antarabangsa. Fenomena ini lahir daripada sistem politik, budaya dan ‘worldview’ yang unik di China.

Pertama sekali, asas pemikiran ini datang daripada konsep “Tianxia”. Tianxia bermaksud “segala yang berada di bawah langit”. Bagi maharaja, dialah Son of Heaven atau “Anak Syurga” yang memerintah atas mandat ilahi.

Dengan kedudukan China sebagai pusat dunia, logiknya semua negara lain adalah wilayah pinggiran yang bertaraf rendah. Jadi, kalau China itu “abang sulung”, maka negeri-negeri lain yang datang berdagang atau menghantar utusan dianggap “adik kecil” yang perlu patuh.

Kedua, sistem uftti memainkan peranan besar. Negara luar yang mahu berdagang dengan China perlu menghantar ufti sebagai tanda hormat. Sebagai balasan, maharaja akan memberi hadiah yang biasanya lebih bernilai daripada ufti yang diterima.

Secara praktikal, ia adalah hubungan dagang yang menguntungkan kedua-dua pihak, tetapi dalam simbolisme politik, ia tetap menegaskan kedudukan China sebagai “abang besar”. Sebagai contoh, kerajaan Melayu seperti Melaka pernah menghantar ufti ke Dinasti Ming dan balasannya China mengiktiraf Melaka serta melindunginya daripada ancaman Siam.

Selain itu, keangkuhan ini juga lahir daripada saiz dan kemajuan peradaban China berbanding jiran sekitarnya. Dengan sistem birokrasi yang maju, teknologi pertanian yang meluas, serta jumlah penduduk yang besar, maharaja China melihat dunia luar sebagai mundur dan tidak setanding. Mereka jarang menganggap negara lain setaraf, kecuali beberapa kuasa besar seperti Mongol atau Manchu yang akhirnya menakluk China.

Namun begitu, pandangan ini tidak bermakna China menolak hubungan diplomatik. Sebaliknya, ia menjadi cara mereka mengawal hubungan antarabangsa. Dengan mengekalkan imej sebagai “abang”, maharaja China dapat mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Timur.

Kesimpulannya, gelaran “adik kecil” bukanlah satu bentuk penghinaan. Tetapi merupakan strategi halus China untuk kekalkan kedudukan pusatnya dalam sistem dunia lama. Sejarah ini melambangkan bagaimana kuasa besar membentuk naratif untuk mengekalkan dominasi. Suka atau tidak, inilah realiti politik yang masih wujud dalam dunia moden walaupun dalam bentuk yang berbeza.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.