Bayangkan ada mayat yang sudah beribu tahun terkubur, tetapi bila dibongkar, tubuhnya masih terpelihara. Kulit, rambut, bahkan gigi masih kekal. Jasad itu seolah-olah menentang putaran masa. Itulah keajaiban mumia Mesir Purba.
Tetapi persoalannya, kenapa Firaun dan bangsawan Mesir sanggup diawet sehingga ribuan tahun, seolah-olah kematian hanyalah persinggahan sementara?
Untuk faham rahsia ini, kita perlu menyelami kepercayaan orang Mesir Purba. Bagi mereka, kematian bukanlah pengakhiran mutlak, tetapi kematian adalah sebuah perjalanan ke alam lain. Hidup selepas mati, itulah pegangan utama.
Orang Mesir percaya roh manusia terdiri daripada dua unsur penting: Ka dan Ba. Ka ialah tenaga hidup yang perlu terus diberi makan dan minum, manakala Ba ialah roh yang bebas bergerak, tetapi memerlukan jasad untuk pulang. Maka, jika jasad hancur, roh juga terhapus dan kehidupan abadi tidak akan tercapai.
Inilah sebab utama firaun diawet dengan begitu teliti. Firaun dianggap anak dewa Ra, perantara antara langit dan bumi. Jika jasadnya tidak kekal, maka peranannya sebagai raja agung di alam sana akan musnah. Jadi kita dapat faham yang Proses pengawetan ini bukan proses saja saja. Tetapi sebuah usaha untuk memastikan ketuhanan raja mereka tidak pernah padam.
Teknik yang mereka gunakan juga menakjubkan. Tubuh dibedah, organ dalaman seperti hati, paru-paru dan perut dikeluarkan lalu disimpan dalam balang. Otak pula dikeluarkan melalui rongga hidung menggunakan alat logam halus. Selepas itu, jasad dikeringkan dengan natron (sejenis garam semula jadi) selama 40 hari, sebelum dibalut dengan kain linen berlapis-lapis yang diiringi jampi serapah.
Setiap lapisan kain pembalut dianggap perisai magis untuk melindungi roh si mati dalam perjalanan akhiratnya.
Namun, mumia juga membawa mesej politik dan kekuasaan. Piramid dan makam megah hanyalah pentas; mumia itulah naskhah terakhir firaun untuk mengingatkan dunia bahawa kuasanya tidak akan hilang ditelan masa.
Bahkan ribuan tahun kemudian, ketika para arkeolog membuka keranda berukir hieroglif, aura ketakutan dan kagum tetap terasa. Para pengkaji seolah-olah dapat rasa yang firaun itu masih memerintah.
Demikianlah, keajaiban mumia yang bukan hanya tentang tubuh yang diawet, tetapi pada mesej yang tersirat: manusia boleh mati, tetapi kuasa dan warisan, jika dipelihara dengan cukup teliti boleh melangkaui abad. Itulah yang Firaun mahu dunia saksikan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih





