Musim panas tahun 1863 menyaksikan Amerika Syarikat berada di persimpangan paling getir dalam sejarahnya. Perang Saudara (Civil War) yang meletus sejak 1861 bukan lagi sekadar pertikaian mengenai hak negeri atau ekonomi, tetapi soal hidup mati sebuah kesatuan. 

Di satu sisi, Kesatuan (Union) di utara mempertahankan ideal “United States” yang tidak boleh dihancurkan. Di sisi lain, Konfederasi (Confederacy) di selatan berjuang mempertahankan hak mereka, termasuk sistem perhambaan yang menjadi nadi ekonomi ladang kapas mereka.

Pertempuran Gettysburg bermula pada 1 Julai 1863, apabila tentera Konfederasi di bawah pimpinan Jeneral Robert E. Lee menceroboh ke wilayah utara, ke Pennsylvania. Strategi Lee jelas. 

Dia nak membawa perang ke tanah musuh, mengancam Washington dan memaksa utara tunduk kepada rundingan damai. Namun, Lee tidak menyangka bahawa pekan kecil bernama Gettysburg akan menjadi pentas paling berdarah dalam sejarah Amerika.

Selama tiga hari, dari 1 hingga 3 Julai, ladang, gereja dan bukit di sekitar Gettysburg menjadi saksi pertempuran sengit. Tentera Union yang dipimpin Jeneral George G. Meade bertahan mati-matian dan membentuk garis pertahanan di “Cemetery Hill” dan “Little Round Top.” 

Di sinilah naratif heroisme terukir. Askar Union yang keletihan tetap menahan serangan demi serangan, seolah-olah kesatuan sebuah negara bergantung kepada bahu mereka.

Puncak pertempuran berlaku pada hari ketiga apabila Lee arahkan serangan besar-besaran dikenali sebagai “Pickett’s Charge.” Ribuan askar Konfederasi mara melintasi padang terbuka di bawah hujan peluru dan meriam Union. Serangan itu gagal total. 

Tentera Lee hancur dan Konfederasi kehilangan momentum untuk selamanya. Gettysburg menjadi turning point perang ini. Selepas itu, pihak selatan hanya mampu bertahan sehingga akhirnya menyerah pada 1865.

Namun, pertempuran ini bukan hanya tentang soal strategi atau angka korban yang mencecah lebih 50,000 orang. Gettysburg diangkat menjadi simbol. Beberapa bulan kemudian, Presiden Abraham Lincoln hadir dan menyampaikan “Gettysburg Address”, sebuah ucapan ringkas yang mengubah wajah Amerika. 

Lincoln menegaskan bahawa perang ini bukan hanya tentang menyelamatkan kesatuan, tetapi menguji sama ada “sebuah negara yang lahir atas kebebasan dan berpegang pada prinsip bahawa semua manusia dicipta sama” taraf mampu bertahan.

Dari ladang berdarah Gettysburg, lahir naratif baru tentang Amerika. Pertempuran ini mengingatkan dunia bahawa ada harga mahal yang dibayar untuk mempertahankan satu idea. Bahawa kesatuan, kebebasan, dan maruah sebuah bangsa tidak boleh dijual beli.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.