Kita semua tahu, Liga Perdana Inggeris musim 2025/2026 baru sahaja membuka tirai. Tapi tahu tak, ratusan tahun sebelum wujudnya stadium di Anfield, Old Trafford atau Stamford Bridge, ada seorang Raja England yang pernah haramkan bola sepak?
Ya, bunyinya pelik. Bola sepak yang hari ini dianggap sebagai identiti orang Inggeris, suatu masa dulu dianggap ancaman kepada negara. Mari kita patah balik ke abad ke-14. Tahun 1314, kota London bergegar dengan keluhan. Bukan kerana peperangan, tapi kerana bunyi hingar-hingar rakyat bermain bola sepak.
Ketika itu, permainan bola sepak bukan seperti yang kita kenal hari ini. Tiada pengadil, tiada padang berumput hijau. Ia lebih kepada satu bentuk “perang bandar”. Ratusan orang turun ke jalan, bola kulit ditendang ke sana ke mari, rumah rosak, tingkap pecah dan kadang-kadang ada yang mati dipukul dalam kekecohan.
Raja Edward II, yang naik takhta England pada tahun 1307, melihat situasi ini sebagai masalah besar. Baginya, bola sepak bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam, tapi lebih berbahaya: ia menghalang rakyat daripada berlatih memanah.
Pada zaman itu, kemahiran memanahadalah nadi pertahanan negara. England sentiasa terdedah kepada ancaman dari Scotland, Perancis dan musuh lain di benua Eropah. Maka, setiap lelaki Inggeris sepatutnya mengasah bakat memanah, bukan bergaduh kerana mengejar sebiji bola.
Lalu, Edward II mengeluarkan larangan rasmi pada 1314: bola sepak diharamkan di kota London. Notis larangan ini dipacak di merata tempat, dengan ancaman hukuman keras bagi sesiapa yang ingkar. Ironinya, walaupun diharamkan, rakyat masih bermain secara sembunyi-sembunyi.
Bahkan selepas Edward II, beberapa raja lain turut mengekalkan larangan ini. Edward III, Richard II dan Henry IV masing-masing mengulangi perintah haram kerana bimbang rakyat lalai bermain bila sampai mengabaikan latihan perang.
Namun, seperti yang kita tahu, larangan itu tidak bertahan selamanya. Bola sepak tetap hidup, berkembang dan akhirnya menjadi identiti nasional England. Hari ini, kita melihat jutaan orang bersorak untuk kelab kegemaran mereka, tanpa sedar bahawa permainan yang mereka cintai pernah dianggap ancaman keselamatan negara.
Sejarah kecil ini ingatkan kita bahawa sesuatu yang hari ini dipuja, pernah suatu masa dibenci. Bola sepak bagi Edward II adalah masalah. Tapi bagi dunia moden, ia adalah pujaan global.
Dan barangkali, jika bukan kerana degilnya rakyat biasa yang enggan tunduk pada larangan raja, Liga Perdana Inggeris yang kita tonton hari ini mungkin tidak pernah wujud sama sekali.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.