Kalau kita sebut “kuasa dunia”, orang biasa akan bayangkan Amerika Syarikat, Soviet Union, atau Britain. Tapi masih ingat tak lagi sejarah bahawa Jepun pun pernah jadi salah satu kuasa besar yang paling digeruni dunia?
Jepun ketika itu bukan saja menguasai ekonomi atau teknologi seperti hari ini, tapi berdiri sebagai empayar ketenteraan yang pernah tundukkan negara-negara besar dan cabar hegemoni Barat di Asia.
Semuanya bermula pada penghujung abad ke-19. Jepun yang asalnya negara feudal tertutup, mula buka pintu pada dunia luar selepas Restorasi Meiji tahun 1868. Mereka belajar habis-habisan daripada Barat: bina tentera moden, sistem pendidikan, industri berat, dan teknologi.
Tapi tujuan mereka bukan sekadar nak jadi moden. Jepun nak jadi kuasa imperialis, setanding dengan Eropah.
Pada tahun 1895, Jepun kalahkan China dalam Perang China-Jepun Pertama dan berjaya rampas Taiwan. Kemudian tahun 1905, mereka buat kejutan: kalahkan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun. Dunia ternganga. Buat pertama kali, kuasa Asia tumbangkan kuasa Barat dalam medan perang moden.
Cita-cita mereka semakin membesar. Jepun mula jajah Korea, masuk ke Manchuria, dan mula masuk campur dalam Perang Dunia Pertama. Tapi kemuncak kuasa Jepun muncul sekitar tahun 1930-an hingga awal 1940-an.
Mereka lancarkan siri penaklukan besar-besaran di Asia Timur dan Tenggara: dari China, Vietnam, Filipina, Indonesia, sehinggalah ke Tanah Melayu dan Burma.
Di bawah slogan “Empayar Asia Timur Raya”, Jepun kononnya mahu bebaskan Asia daripada penjajah Barat.
Tapi hakikatnya, mereka sendiri menjadi penjajah yang lebih ganas. Kekejaman di Nanking, buruh paksa di tanah jajahan dan kekerasan tentera ke atas penduduk awam, semuanya mengukir sejarah hitam.
Tahun 1941, Jepun menyerang Pearl Harbor dan isytihar perang terhadap Amerika. Pada mulanya, Jepun menang besar. Tapi serangan itu jadi titik tolak kemusnahan mereka. Bila Amerika bangkit, satu demi satu wilayah Jepun tumbang.
Akhirnya, dua b0m 4t0m jatuh di Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1945 dan Jepun menyerah kalah.
Hari ini, Jepun dilihat sebagai negara damai dan maju. Tapi jangan lupa, mereka pernah berdiri sebagai kuasa besar tentera, dengan empayar yang menjangkau ribuan kilometer.
Empayar Jepun pernah angkuh cabar dunia, tapi akhirnya sejarah tunjukkan: kuasa yang dibina atas kerakusan, pasti akan tumbang.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.