Bila orang sebut nama Mossad, satu perkara je terbayang: agensi pembunuh paling kejam dalam dunia moden. Bunuh saintis Iran, culik aktivis Filistin, sabotaj teknologi musuh. Tapi ramai tak tahu, Y1sr4ul sebenarnya ada 2 lagi agensi perisikan yang beroperasi serentak dan jauh lebih kompleks daripada yang kita sangka.
Yang pertama: Aman (Agaf HaModi’in).
Inilah agensi perisikan ketenteraan rejim Zionis. Ditubuhkan bersama dengan penubuhan negara haram Israel tahun 1948, Aman bertindak sebagai otak kepada operasi ketenteraan, khususnya dalam medan perang. Mereka bertanggungjawab mengintip lokasi peluru berpandu Hizbullah di Lebanon, aktiviti tentera Syria, pemindahan senjata dari Iran ke Gaza, dan gerakan bawah tanah di Sinai Mesir.
Jangan terkejut kalau Aman ada bajet paling besar antara semua agensi perisikan Y1sr4ul, melebihi Mossad. Mereka kawal sistem satelit, pengintip elektronik, teknologi dron, malah pasukan siber untuk ganggu sistem musuh. Dalam Perang G4z4 2021 dan 2023, Aman yang sediakan senarai sasaran. Mereka yang beri lampu hijau untuk serang hospital, sekolah dan pusat media dengan alasan ada “aktiviti militan”.
Yang kedua: Shin Bet atau Shabak.
Kalau Mossad fokus luar negara, Shabak fokus dalam wilayah Filistin, Baitulmaqdis Timur, Tebing Barat dan Y1sr4ul sendiri. Mereka adalah polis rahsia yang mengintip setiap pergerakan rakyat Filistin. Ratusan ejen ditanam dalam komuniti Arab, ada yang dipaksa jadi pengkhianat, ada yang diugut dengan gambar keluarga atau video perangkap.
Mereka pantau mesej WhatsApp, rakam ceramah khutbah, dan simpan senarai imam-imam masjid yang dianggap “radikal”. Setiap malam, pemuda-pemuda Filistin ditahan, disoal siasat, diseksa. Semuanya dalam penjara rahsia Shabak. Tidak ada bicara. Tidak ada media. Dan tidak ada pembelaan.
Kesemua agensi ini; Mossad, Aman dan Shabak tidak bertindak ikut undang-undang antarabangsa. Mereka beroperasi atas dasar satu prinsip: apa sahaja yang untungkan Zionis, halal dilakukan.
Tak kira dengan cara culik, bunuh, sebar fitnah, godam komputer, hapuskan aktivis, atau rosakkan ekonomi musuh, semuanya dibenarkan.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.