10 Ramadan 1393 Hijrah. Hari suci bagi umat Islam. Tapi di Y1sr4ul, tarikh itu jatuh pada Yom Kippur, hari keampunan yang paling penting dalam kalendar Yahudi. Hampir seluruh Y1sr4ul terhenti.
Tapi pada hari itulah, langit Sinai dan Golan terbakar. Jet MiG Mesir merentasi Terusan Suez. Meriam Syria menghentam barisan Y1sr4ul di Golan. Perang telah meletus. Tapi Mossad langsung tak bersedia.
Selama dua dekad Mossad dipuja sebagai “dewa perisikan.” Mereka berjaya culik Adolf Eichmann dari Argentina, bunuh pemimpin PLO di Paris, letupkan saintis Iran di tengah kota Tehran. Tapi kali ini, mereka gagal baca niat sebenar musuh yang selama ini mereka hina, dunia Arab.
Kenapa Mossad gagal?
Jawapan pendek: angkuh.
Mossad terlalu yakin bahawa Mesir dan Syria takkan berani bangkit selepas dibelasah dalam Perang Enam Hari 1967. Mereka percaya Anwar Sadat cuma gertak untuk dapat simpati Barat. Syria pula dianggap lemah, tidak cukup latihan dan bekalan senjata. Tapi mereka lupa, penghinaan adalah bahan bakar kepada kebangkitan.
Sadat dan Hafez al-Assad tahu mereka tak mampu menang perang secara total. Tapi mereka mahu satu perkara saja: kembalikan maruah. Untuk itu, mereka rancang operasi yang tidak difikirkan Mossad, mereka mahu menyerang serentak pada hari suci Yom Kippur, ketika seluruh Israel tidak berjaga.
Masalah utama Mossad ialah mereka terlalu bergantung kepada satu sumber sahaja: Ashraf Marwan, si double agent yang juga menantu kepada Gamal Abdel Nasser. Mossad percaya bulat-bulat laporan Marwan, yang kononnya tiada serangan besar akan berlaku. Tapi pada malam 5 Oktober 1973, satu mesej penting dihantar: “Mesir akan serang dalam masa 48 jam.”
Mossad tangguh sebarang tindakan. Mereka sangka ini hanya taktik lama. Tapi esoknya, Mesir dan Syria melepaskan serangan serentak. Namun bukan itu sahaja. Kegagalan ini juga berpunca daripada kecuaian kolektif. Agensi ketenteraan Y1sr4ul (AMAN) menolak kemungkinan perang. Mossad pula ikut arus. Maklumat dari satelit, pergerakan logistik Mesir, latihan intensif Syria, semuanya diabaikan atas dasar “analisis strategik”.
Tapi strategi mereka rapuh.
Kubu Y1sr4ul di Sinai dihentam bertubi-tubi. Tembok Bar Lev yang menjadi benteng pertahanan yang digambarkan sebagai “tidak dapat ditembusi” runtuh dalam beberapa jam sahaja. Tentera Mesir menggunakan air dari pam tekanan tinggi untuk menebuk lubang pada kubu itu lantas membolehkan kereta kebal menyeberang. Mossad tak pernah jangka taktik ini. Mereka fikir Mesir akan guna cara lama.
Lebih dari 2,500 tentera Y1sr4ul terkorban. Ribuan lagi cedera. Ekonomi lumpuh. Keyakinan rakyat terhadap ketenteraan runtuh. Rakyat Y1sr4ul berarak di jalanan menuntut jawapan. Perdana Menteri Golda Meir hampir jatuh. Menteri Pertahanan Moshe Dayan jadi sasaran kemarahan.
Dan nama Mossad? Dihina sebagai agensi yang gagal lindungi tanah haram itu.
Namun selepas dua minggu pertama yang menyaksikan Mesir dan Syria mara jauh, Amerika masuk campur. Washington salur bantuan ketenteraan bernilai lebih USD 2 bilion kepada Y1sr4ul. Jet Hercules berulang-alik siang malam. Dengan bantuan satelit dan senjata baru, Israel buat serangan balas besar-besaran.
Tentera Zionis menyeberang Terusan Suez, kepung Tentera Ketiga Mesir di selatan. Mereka juga tolak tentera Syria keluar dari Golan dan mara hingga ke 40 km dari Damsyik. Y1sr4ul akhirnya “menang” dari segi ketenteraan.
Tapi itu bukan kemenangan total. Bagi rakyat Arab, perang ini pulihkan maruah yang hilang pada 1967. Bagi Y1sr4ul , ini adalah kemenangan yang datang dengan harga yang sangat mahal, baik dari segi nyawa, ekonomi dan reputasi Mossad yang tercalar.
Kegagalan risikan Mossad menyebabkan Israel buat reformasi besar-besaran dalam sistem risikan mereka. Tapi yang tak pernah mereka akui ialah ini bukti bahawa Mossad tidak kebal dan langsung tidak sempurna. Mereka hanya menang jika musuh lemah.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.