Amerika Syarikat pernah buat satu eksperimen sosial yang pelik dan berani. Mereka pergi haramkan arak secara total di seluruh negara. Tapi eksperimen ini bukan saja gagal, bahkan buat hampir seluruh Amerika jadi huru-hara. Tapi kenapa?
Semua bermula pada tahun 1920, apabila pindaan ke-18 Perlembagaan Amerika dikuatkuasakan. Langkah ini dikenali sebagai “Prohibition”, dan undang-undang ini secara rasmi melarang pembuatan, penjualan dan pengedaran alkohol.
Tujuannya nampak mulia. Nak kurangkan jenayah, lindungi institusi keluarga dan jadikan masyarakat lebih bermoral. Tapi realitinya jauh berbeza. Larangan ini gagal padamkan budaya minum arak, sebaliknya membuka jalan kepada aktiviti gelap untuk berkembang dengan pantas dan ganas.
Apabila arak jadi haram, pasaran gelap pun lahir. Bar bawah tanah yang dikenali sebagai speakeasies tumbuh macam cendawan. Kegiatan haram ini diiringi sindiket penyeludupan arak yang sangat tersusun. Keadaan ini memberi ruang kepada mafia dan kumpulan jenayah terancang seperti geng Al Capone untuk muncul sebagai kuasa sebenar di bandar-bandar besar.
Sepanjang era Prohibition, kadar jenayah tak menurun pun, tapi meningkat. Rasuah dalam kalangan polis dan pegawai kerajaan merebak. Orang ramai pula tak berhenti minum, malah menjadi lebih kreatif: buat arak sendiri di rumah atau seludup dari Kanada dan Caribbean.
Lebih ironik, kerajaan sendiri hilang pendapatan kerana cukai alkohol yang sebelum ini menyumbang besar kepada ekonomi negara tiba-tiba lenyap. Waktu itu, Amerika juga sedang berdepan dengan kemelesetan ekonomi. Jadi tekanan makin meningkat.
Akhirnya, eksperimen ini hanya bertahan selama 13 tahun. Pada tahun 1933, pindaan ke-21 membatalkan semula larangan tersebut. Impaknya, langkah Prohibition menjadi satu-satunya undang-undang Perlembagaan Amerika yang pernah dimansuhkan.
Hari ini, era Prohibition dianggap sebagai contoh klasik bagaimana undang-undang yang terlalu idealis tapi tidak berpijak di bumi nyata boleh makan diri. Amerika belajar satu perkara penting: bukan semua perkara boleh diselesaikan dengan sekadar melarang. Kadang-kadang, larangan itu cipta lebih banyak masalah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.