Bola sepak ialah sukan paling popular di dunia. Dari kampung kecil di Afrika hingga ke stadium besar di Eropah, bola sepak sudah menjadi sukan yang merentasi budaya, bangsa dan sempadan. Tapi ada satu tempat yang nampaknya ‘kebal’ daripada demam bola sepak global: Amerika Syarikat.
Walaupun Amerika sering muncul sebagai kuasa besar dalam sukan antarabangsa seperti bola keranjang (NBA), besbol (MLB) dan bola sepak Amerika (NFL), bola sepak ‘biasa’ atau soccer seolah-olah kekal sebagai sukan nombor dua di bumi atau mungkin nombor empat.
Tapi kenapa? Jawapannya bukan kerana rakyat Amerika tak tahu bermain bola, tapi kerana budaya sukan mereka dibentuk secara berbeza sejak awal.
Sejak kecil, anak-anak Amerika didedahkan dengan impian untuk jadi bintang NFL, NBA atau MLB. Acara seperti Super Bowl diraikan seperti perayaan nasional, lengkap dengan iklan jutaan dolar, konsert separuh masa dan sambutan besar-besaran yang jauh atasi kemeriahan final Piala Dunia.
Tambahan pula, liga domestik mereka, Major League Soccer (MLS), hanya bermula pada 1996, berbanding liga-liga gergasi di Eropah yang sudah berusia lebih 100 tahun. Ini menyebabkan pembangunan bola sepak di Amerika agak ketinggalan dari segi sejarah, sistem kejurulatihan dan prestij.
Faktor lain ialah reputasi MLS sendiri. Pemain bintang antarabangsa selalunya hanya datang ke Amerika pada penghujung kerjaya mereka seperti David Beckham, Zlatan Ibrahimović dan kini Lionel Messi. Ini menimbulkan persepsi bahawa MLS hanyalah ‘liga persaraan’, bukan tempat untuk aksi bola sepak yang benar-benar kompetitif.
Namun, keadaan sedang berubah. Dalam dekad terakhir, minat terhadap bola sepak antarabangsa semakin meningkat, terutama dalam kalangan anak muda. Siaran langsung liga-liga Eropah, permainan video seperti FIFA, serta pengaruh media sosial mempercepatkan kebangkitan minat ini.
Kedatangan Messi ke Inter Miami juga memberi impak besar dari segi populariti dan penonton.
Walaupun bola sepak masih belum menyaingi sukan tradisi Amerika, angin perubahan semakin terasa.
Dan kalau momentum ini berterusan, tidak mustahil satu hari nanti bola sepak akan bertukar menjadi salah satu identiti sukan rakyat Amerika.
Cuma kali ini, mereka tidak lagi jadi penonton tetapi pencabar utama yang boleh gegarkan dominasi Eropah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.