Bila sebut pasal penjajahan Filipina, kebanyakan orang terus terbayang Sepanyol. Maklumlah, lebih tiga abad Sepanyol kuasai kepulauan itu. Tapi yang ramai tak tahu, selepas Sepanyol, Amerika Syarikat pula ambil alih dan menjajah Filipina!
Persoalannya, macam mana kuasa besar dari seberang Lautan Pasifik tu boleh sampai ke Asia Tenggara dan jadi penjajah?
Segalanya bermula dengan Perang Sepanyol-Amerika pada tahun 1898. Perang ini bukan saja tercetus di Caribbean atau Amerika Latin, tapi juga melibatkan Filipina. Filipina adalah koloni Sepanyol yang ketika itu semakin lemah.
Amerika yang sedang naik sebagai kuasa global, nampak peluang keemasan untuk rampas wilayah jajahan daripada empayar lama seperti Sepanyol. Dengan alasan nak “tolong” orang Filipina merdeka daripada Sepanyol, Amerika lancarkan serangan ke Manila dan menewaskan armada Sepanyol di Teluk Manila.
Tapi niat sebenar Amerika bukan untuk membantu sangat, ada udang sebalik batu.
Lepas kemenangan itu, Amerika dan Sepanyol tandatangan Perjanjian Paris 1898, yang menyaksikan Sepanyol menyerahkan Filipina kepada Amerika dengan bayaran USD 20 juta.
Ironinya, orang Filipina sendiri langsung tak dijemput ke meja rundingan. Padahal waktu itu, mereka di bawah pimpinan Emilio Aguinaldo sudah pun isytihar kemerdekaan Filipina. Tetapi, Amerika enggan akui kemerdekaan tersebut.
Bila rakyat Filipina bangkit menentang, meletuslah Perang Filipina-Amerika (1899–1902), perang yang sangat berdarah. Ratusan ribu rakyat Filipina terkorban, termasuk orang awam. Selepas itu, Amerika perkenalkan sistem pendidikan Inggeris, pentadbiran moden dan propaganda ‘civilizing mission’ kononnya untuk memodenkan Filipina.
Tapi realitinya, itu hanyalah cara halus untuk halalkan penjajahan ekonomi dan pengaruh geopolitik. Jadi ya, bukan Sepanyol saja yang pernah menjajah Filipina. Amerika pun penjajah, cuma dengan pendekatan lebih moden dan dibungkus dengan retorik kebebasan.
Sejarah ini penting, sebab ia dedahkan bagaimana kuasa besar sanggup guna nama “demokrasi” untuk mengukuhkan dominasi mereka di luar negara.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.