Percaya atau tidak, tabiat kecil seperti pemilihan pakaian atau aksesori, atau tingkah laku anda boleh ‘dibaca’ oleh orang lain untuk mengagak jenis personaliti anda. Pakar perilaku (behavior experts) berkongsi dalam kajian mereka jenis-jenis tabiat kecil ini dan apakah maksudnya.

1. Jenis kasut yang anda pakai

Kajian oleh Journal of Research in Personality menunjukkan bahawa personaliti seseorang boleh dibaca melalui pemilihan kasut mereka. Kajian menunjukkan mereka yang gemar memakai kasut selesa biasanya orang yang menyenangkan. Orang yang memakai but setinggi buku lali biasanya orang yang agresif. Pemakaian kasut yang kurang selesa seperti tirus di depan atau tapak tinggi menggambarkan seseorang itu tenang orangnya. Dan mereka yang kelihatan sentiasa memakai kasut yang nampak baharu dan berkilat mempunyai personaliti yang mudah bimbang atau khuatir.

2. Cara anda berjalan

Pakar bahasa badan, Patti Wood menerangkan bahawa cara anda berjalan mendedahkan bentuk personaliti anda. Jika berat anda biasanya di hadapan dan anda berjalan pantas, anda orang yang produktif dan berfikiran logik. Namun orang lain mungkin akan melihat anda sebagai orang yang dingin dan kompetitif. Jika anda berjalan dengan dada ke hadapan, bahu di belakang dan kepala diangkat tinggi (biasanya selebriti dan ahli politik mempunyai jenis jalan ini) maka anda orang yang menyeronokkan, berkarisma dan mudah bersosial, namun anda sering kali mencuri tumpuan dan ini boleh menjadi perkara yang negatif. Jika anda berjalan dengan lemah gemalai namun mata memandang ke lantai, besar kemungkinan anda seorang introvert dan sopan orangnya. Kajian daripada Journal of Interpersonal Violence mendapati penjenayah yang mempunyai kecenderungan psikotik boleh membaca kelemahan dan akan memilih potensi mangsa berdasarkan cara mereka berjalan; jadi mungkin anda boleh lihat semula cara anda berjalan dan cuba menampakkan anda orang yang asertif atau agresif.

3. Ketepatan masa

Kajian daripada Journal of Research in Personality menunjukkan bahawa ketepatan masa merupakan indicator yang tepat bagi menggambarkan nilai positif karakter seseorang. Dalam kajian tersebut, pengkaji meminta peserta menyiapkan soal selitik personaliti di rumah dan kemudiannya, datang ke makmal untuk eksperimen berkumpulan. Dengan menganalisis ketepatan masa peserta yang sampai, mereka mendapati orang yang menepati masa ialah orang yang tekun dan menyenangkan; datang awal dikaitkan dengan neurotisisme (orang yang terlalu bimbang). Dan mereka yang datang lambat biasanya lebih releks.

4. Cara anda makan

Julia Hormes ahli psikologi yang mengkhusus dalam tabiat pemakanan, dan Juliet Boghossian pakar perilaku pemakanan mengatakan bahawa orang yang makan lambat ialah orang yang suka mengawal dan menikmati kehidupan. Sementara itu, orang yang makan laju biasanya bercita-cita tinggi dan kurang sabar orangnya. Orang yang suka mencuba makanan baharu ialah orang yang sukakan cabaran dan mengambil risiko, sementara orang yang memilih makanan barang kali orang yang mudah gelisah dan bimbang. Jika anda ialah orang yang suka mengasingkan jenis makanan dalam pinggan, barang kali anda orang yang berhati-hati dan terperinci.

5. Gambar swafoto anda

Gambar di Instagram atau Facebook banyak mendedahkan tentang personaliti anda! Dalam kajian yang dilakukan oleh Nanyang Technological University di Singapore pada 2015 mendapati orang yang menyenangkan dan disukai biasanya mengambil gambar dari bawah, yang lebih teliti biasanya tidak akan mendedahkan latar belakang gambar diambil; mereka yang gambarnya sering tersenyum atau ketawa merupakan orang yang terbuka menerima pengalaman baharu sementara swafoto ‘duck face’ mendedahkan anda mempunyai personaliti neurotic (mudah bimbang).

Ini hanya beberapa tabiat kecil sahaja yang dikongsi dalam artikel ini, anda boleh baca lanjut dalam kajian-kajian psikologi yang terdapat di Internet. Kajian ini bukanlah 100% namun kebarangkalian faktanya mengena dan benar ialah tinggi.

Bacaan lanjut:

1. 12 Small Habits That Actually Reveal a Lot About Your Personality
https://www.rd.com/culture/personality-habits/

2. Unlocking the personality of a social media addict
https://www.medicalnewstoday.com/articles/321240.php

3. Top 10 Cool Psychological Research Findings
https://www.psychologytoday.com/us/blog/darwins-subterranean-world/201712/top-10-cool-psychological-research-findings


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

E. H. Nathasia seorang pembaca buku tegar and positif orangnya. Pernah menulis e-book 20 Tips Motivasi Terbaik dan merupakan penterjemah buku bersiri The Hunger Games. Mempunyai Ijazah Sarjana dalam Pengajian Pertahanan dan Strategi dari Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di hermaine22@gmail.com

Comments are closed.