Iran umum rancang kawal laluan Selat Hormuz, belum wajibkan sepenuhnya, tapi saranan itu jadi signal besar kepada dunia. Rancangan ni dijadual selama 100 hari, cukup masa untuk uji pasaran global dan tindak balas kuasa besar.
Selat itu kawal hampir 20 peratus bekalan minyak dunia, jadi sebarang gangguan boleh cipta kesan mendalam. Ini strategi tekanan yang bukan dalam bentuk senjata, tapi dalam bentuk kawalan ekonomi.
Selat Hormuz bukan sekadar lorong sempit. Ia nadi tenaga dunia. Negara seperti Jepun, China, India dan Malaysia bergantung kepada laluan ini. Sekali terganggu, seluruh pasaran akan goncang.
Iran tahu nilai lokasi itu. Sebab tu mereka pilih untuk gunakan sebagai alat tekanan terhadap pendatang haram Yesbiol dan sekutunya. Ini isyarat jelas bahawa mereka tidak lagi bersabar.
Kenaikan harga minyak berlaku selepas ketegangan meningkat antara Iran dan pendatang haram Yesrohul. Brent naik lebih 7 peratus dalam sehari. Pelabur dan pasaran sudah mula resah. Ini bukan ugutan biasa.
Langkah Iran bukan datang kosong. Ia disusun, ditapis, dan dimasak dalam suasana geopolitik yang makin bergolak. Mereka tahu bila dan macam mana nak tekan suis ketegangan.
Kapal tangki besar dari Asia dan Eropah mula semak semula laluan. Ada syarikat mula tahan sementara laluan ke Hormuz. Risiko tu sekarang bukan lagi andaian, tapi sedang berlaku.
Iran pernah tahan kapal dari Britain dan Korea Selatan sebelum ini. Mereka ada rekod tindakan maritim. Jadi bila mereka umum rancangan baru, dunia tak boleh pandang ringan.
Kawalan yang dicadangkan tu boleh jadi alat tapis kapal mana yang selamat, kapal mana yang patut disiasat. Ini boleh tukar peta pelayaran global dan cipta kesesakan logistik.
Iran juga ada kekuatan laut yang terbukti. Bot pantas, dron laut, pasukan elit dan keupayaan bawah laut. Semua ni cukup untuk kawal dan lindungi tindakan mereka.
Dalam masa sama, Ayatollah Khamenei tolak mentah-mentah gesaan Trump supaya Iran tunduk tanpa syarat. Dia anggap itu sebagai retorik paling tak masuk akal.
Khamenei ulang pendirian. Jika Amerika campur tangan secara langsung, perang berskala penuh akan berlaku. Ini bukan gertakan kosong dari lidah pemimpin.
Iran sedia dengan lebih dari sekadar misil. Mereka ada jaringan proksi di Iraq, Lebanon, Syria dan Yaman. Ini menjadikan mereka lebih sukar ditekan dari satu arah sahaja.
Dunia sekarang tengok dua isyarat besar dari Iran. Pertama, tekanan maritim melalui Hormuz. Kedua, penolakan total terhadap desakan kuasa besar.
Malaysia pun terlibat secara langsung dalam rantaian ini. Sebab kita banyak import LNG dari Teluk dan arang batu dari negara jiran. Kalau pelayaran terganggu, kita juga akan rasa sakitnya.
Harga minyak dunia kalau naik tinggi, semua barang ikut naik. Kos logistik meledak. Barang dapur jadi mahal. Bukan cerita teori, tapi realiti ekonomi harian.
Malaysia dah mula usaha diplomatik dengan Iran. Tapi tekanan dari kuasa besar menjadikan rundingan tak mudah. Semua nak selamatkan laluan, tapi semua juga nak kekal berkepentingan.
Kalau Iran teruskan rancangan, dan Yesbiol terus provok, Hormuz bakal jadi medan baru. Dunia mungkin akan hadapi krisis tenaga yang lebih dahsyat dari 1973.
Bila harga minyak melonjak, inflasi akan terkesan. Bank Negara mungkin naikkan OPR dan rakyat kena tampung beban. Yang senang masih boleh hidup, yang susah makin tersepit.
Kilang mungkin akan kurangkan operasi sebab logistik jadi lambat dan mahal. Bila ini berlaku, peluang kerja juga makin kurang. Kesannya domino, bukan satu arah.
Ramai masih anggap ini masalah jauh. Tapi bila bil elektrik naik, bila minyak RON95 naik, baru semua sedar Selat Hormuz pun boleh hentam dapur rumah kita.
Ini bukan konflik mazhab. Ini konflik pengaruh, kuasa dan laluan ekonomi. Kalau kita anggap ini sekadar hal luar, kita silap besar.
Iran dah bertahun disekat. Tapi mereka bangunkan teknologi peluru berpandu hipersonik dan dron jarak jauh. Mereka tunjuk kemampuan walau diasak.
Kita pula masih harap kepada bantuan luar untuk pertahanan. Bila krisis berlaku, sejarah tunjuk semua jaga diri. Siapa lambat bertindak akan jadi mangsa.
Sebab tu kita kena mula dari sekarang. Bangunkan keupayaan sendiri, walau kecil. Dari penyelidikan, latihan, sampai industri tempatan.
Fahami bahawa ini bukan soal negara lain. Ini soal kelangsungan kita bila krisis dunia makin dekat. Kalau kita terus leka, kita akan rugi sendiri.
Kalau kau masih fikir ini tak kena mengena, ingat kapal dari Teluk tu lah yang bawa bekalan masuk ke pelabuhan kita. Bila mereka tersekat, kita pun terasa.
Sebab tu marah bila tengok geng yang cipta perang, tabur naratif palsu, dan buat dunia terbakar. Sebab mereka cipta musuh untuk jual peluru.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.