Dunia dikejutkan bukan sekadar dengan letupan di bumi Mesir, tapi juga perpecahan dalam kerajaan Isr**l sendiri. Lavon Affair bukan sekadar kisah kegagalan satu operasi perisikan. Ia adalah skandal politik dalaman yang menghancurkan kerjaya ramai tokoh besar rejim Z***is. Dan seperti biasa, yang benar dipijak, yang bersalah diangkat.
Segalanya bermula dengan operasi rahsia bernama Operasi Susannah pada tahun 1954. Misinya? Menyelinap masuk ke Mesir, pasang bom di sasaran British dan Amerika, dan salahkan kumpulan Islamis. Tapi operasi itu kantoi apabila salah seorang ejen, Philip Natanson, ditangkap. Bila disiasat, terbongkarlah seluruh jaringan. Korang boleh tengok 2 pos sebelum ni.
Apa jadi selepas itu bukan sekadar soal perisikan. Ia jadi isu politik besar di T** *viv. Menteri Pertahanan ketika itu, Pinhas Lavon, dituduh sebagai individu yang arahkan operasi. Tapi Lavon nafikan sekeras-kerasnya. Dia kata dia tak pernah beri arahan langsung. Malah mendakwa orang bawah dia bertindak tanpa pengetahuannya.
Di sinilah bermulanya konspirasi sebenar.
Lavon berkeras dia tak tahu-menahu. Tapi Perdana Menteri Isr**l masa itu, David Ben-Gurion, desak dia letak jawatan. Ben-Gurion pula memang tak sekepala dengan Lavon dalam banyak perkara sebelum ni. Jadi, bila insiden ni berlaku maka ia jadi peluang politik.
Tekanan demi tekanan dibuat. Akhirnya Lavon letak jawatan pada awal 1955. Tapi skandal tak habis di situ. Sebaliknya, ia membuka lebih banyak luka.
Lavon kemudiannya minta siasatan dijalankan. Dia mahu bersihkan nama. Maka bermulalah penyiasatan dalaman yang panjang. Pelbagai laporan, panel penyiasat dan testimoni keluar. Ada bukti yang ditutup. Ada kenyataan yang bercanggah. Dan semuanya mengarah kepada satu perkara: ada yang sedang menutup kebenaran.
Skandal ini memperlihatkan bagaimana Isr**l tidak bersatu dalam kabinet mereka sendiri. Masing-masing ada agenda. Ada yang mahu jatuhkan Lavon. Ada yang mahu naikkan orang mereka. Dalam kekalutan ini, agensi perisikan jadi alat politik. Yang salah tak semestinya dihukum. Yang betul belum tentu dibela.
Pada tahun 1960-an, ada usaha untuk bersihkan nama Lavon. Laporan baru dikeluarkan. Tapi semuanya bersifat separuh masak. Masih ada dokumen yang dirahsiakan. Masih ada pegawai kanan yang enggan beri kerjasama. Malah nama Ben-Gurion sendiri disebut sebagai individu yang mungkin tahu lebih daripada apa yang didedahkan.
Akibat daripada konflik ini, Ben-Gurion sendiri berdepan tekanan. Dalam tahun 1963, beliau akhirnya meletak jawatan. Ironinya, orang yang didakwa menekan Lavon untuk letak jawatan, akhirnya jatuh kerana isu yang sama.
Konspirasi dalaman ini bukan saja mengubah landskap politik Isr**l. Ia juga tunjukkan bagaimana sebuah negara sanggup korbankan sesiapa sahaja demi melindungi agenda lebih besar. Dalam kes ni, bukan sahaja rakyat Mesir jadi mangsa bom. Bahkan pemimpin mereka sendiri jadi mangsa politik dalaman.
Dan siapa yang akhirnya “menang” dalam kisah ini? Agensi perisikan yang sama. Walaupun gagal, walaupun menyebabkan krisis, mereka terus beroperasi seperti biasa. Malah ejen yang ditangkap dan dipenjara dianggap wira. Bila mereka dibebaskan, mereka disambut dengan pingat dan sanjungan.
Begitulah bila kebenaran dikawal. Bukan semua skandal berakhir dengan keadilan. Kadang-kadang, yang paling lantang dedahkan kebenaran itulah yang paling awal disingkir.
Lavon Affair bukan sekadar kisah lama. Ia contoh klasik bagaimana politik dan perisikan boleh bercampur dan cipta kekacauan. Ia kisah bagaimana satu keputusan salah boleh rosakkan reputasi, hancurkan kerjaya, dan cipta luka yang tak pernah sembuh dalam sejarah sesebuah negara.
Betapa bahayanya kuasa tanpa sempadan. Bila orang yang sepatutnya jaga keselamatan negara gunakan kuasa untuk mainkan propaganda, maka rakyatlah yang akhirnya jadi mangsa.
Dan inilah sebab kenapa kita wajib kenal sejarah. Supaya kita tahu, bukan semua yang digelar wira itu benar. Kadang-kadang, mereka cuma pelakon dalam skrip yang ditulis oleh kuasa yang lebih besar.
Konspirasi Lavon ini masih meninggalkan kesan hingga hari ini. Dan ia akan terus menjadi peringatan bahawa dalam dunia politik, kebenaran seringkali dikorbankan di atas altar kepentingan. Dan ianya masih berlaku hingga sekarang.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.