Ramai orang minat haiwan liar, tapi bila tengok kucing besar corak tompok, terus keliru. Sekali imbas nampak macam sama, tapi hakikatnya cheetah, leopard dan jaguar tak serupa langsung.
Mari mula dengan cheetah, pelari terpantas atas darat. Kalau ada perlumbaan 100 meter, dia dah sampai garisan penamat masa haiwan lain baru nak bangun stretching. Kelajuan maksimum boleh capai 112 km/j. Badannya kurus, panjang, dan nampak macam atlit lari pecut.
Ciri paling senang kenal: ada dua garisan hitam bawah mata macam calit eyeliner. Corak bulu dia pula bintik bulat-bulat kecil, tersusun elok, tak bersambung. Cheetah ni pemalu sikit, lebih aktif waktu siang, dan jarang cari gaduh.
Leopard pula pendek kata macam askar komando. Badan sasa, tenaga banyak, dan sangat fleksibel. Kalau cheetah lari laju, leopard pula suka menyelinap, senyap-senyap datang, terus serang.
Yang paling “power”, dia boleh angkut bangkai naik pokok tinggi sekor-sekor dia, lepas tu makan sambil layan ” panoramic view”.
Bulu dia bercorak roset juga, tapi roset tu kosong dalam. Tak ada titik hitam di tengah. Kalau jumpa corak camtu, besar kemungkinan leopard. Dia suka beraktiviti waktu malam dan boleh dijumpai di Afrika dan Asia.
Jaguar pula abang sado dalam keluarga kucing besar. Habitat dia sekitar Amerika Selatan dan Tengah. Badannya lebih padat dan berat dari leopard. Tapi kekuatan utamanya ada pada rahang. Dia boleh gigit terus ke tengkorak dan pecahkan otak mangsa. Memang langsung tak bagi peluang.
Corak bulu jaguar pun roset juga, tapi dalam roset tu ada titik hitam. Inilah perbezaan utama yang selalu keliru ramai orang. Roset bertitik? Itu jaguar.
Kalau dari segi suara pula, cheetah tak boleh mengaum sebab dia tak termasuk dalam keluarga panthera. Bunyi dia macam burung berkicau. Tapi leopard dan jaguar? Auman dia boleh buat darah beku, tubuh jadi kaku. Serius.
Fakta menarik lagi, ketiga-tiganya duduk di benua berbeza. Cheetah di savana Afrika, leopard di Afrika dan Asia, manakala jaguar eksklusif di hutan Amerika Selatan.
Dari segi ancaman pula, cheetah antara paling terkesan sebab kawasan luas untuk berlari makin berkurang. Jaguar pula makin terancam sebab hutan Amazon makin licin digondol. Leopard walaupun paling banyak populasi, tetap terancam sebab konflik dengan manusia makin meningkat.
Ketiga-tiga ni penting dalam ekosistem masing-masing. Mereka jaga keseimbangan rantai makanan, kawal populasi mangsa, dan elak kerosakan habitat.
Jadi pasni kalau korang berdepan dengan kucing bercorak ni, jangan terus lari. Tenung dulu betul-betul. Kalau ada garisan dari mata ke mulut, itu cheetah. Kalau roset bulat tapi kosong, itu leopard. Kalau roset ada titik dalam, itu jaguar. Tapi kalau korang sempat buat analisa la.
Sebagai manusia, kita kena lebih faham dan hormat hidupan liar ni. Mereka hidup ikut naluri, dan kita pula perlu guna akal untuk lindungi mereka. Corak mereka unik, gaya hidup mereka pun hebat. Tapi kalau tak dijaga, keunikan tu boleh hilang selama-lamanya.
Hebat kan, ciptaan Allah. Tiga haiwan luar biasa di tiga benua berbeza, tapi semuanya ada satu mesej: Alam ini terlalu indah untuk kita sia-siakan! Janganlah rosakkan.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ilmu, inspirasi, makna, ketepatan, dan keindahan.

Comments are closed.