Perkembangan bola sepak Belgium sehingga tahap hari ini adalah hasil revolusi bola sepak mereka yang dicetuskan ketika kegagalan mereka di Piala Dunia 1998.

Kegagalan skuad Belgium dalam Piala Dunia 1998 berpunca dari ketiadaan satu rejim latihan berteraskan ideologi bola sepak kebangsaan mereka.

Kepelbagaian doktrin hingga 30 jurulatih bola sepak pelbagai latar belakang karier dan pencapaian dari seluruh negara digembleng sebagai asas revolusi bola sepak Belgium. Ia diterjemah dalam satu cetak biru yang dinamakan ‘Purple Talent Project’ yang digerakkan pada 2006, kemudiannya dilancarkan pada 2007.

Antara intipati projek ini ialah memperkasa akademi tempatan seperti Anderlecht dan Genk dengan gabungan doktrin serta ideologi bola sepak Belgium yang bergantung kepada kepelbagaian budaya dan corak permainan yang saling melengkapi satu sama lain.

Faktor anak-anak imigran yang berjaya merubah kehidupam mereka dengan bola sepak Belgium seterusnya bebas ke segenap Eropah membina karier juga mendorong ramai anak-anak ini berminat untuk bermain untuk kelab-kelab remaja di Belgium.

Malah dengan adanya kuota berstatus EU, Belgium dilihat sebagai ‘batu loncatan’ untuk bakat-bakat imigran ini berjaya di Eropah. Latarbelakang keluarha imigran Belgium memenuhi hingga lebih 40% di dalam skuad Belgium ke Piala Dunia 2018 kali ini.

Bapa Lukaku sendiri asalnya nampak peluang ini, dan sedar bahawa bakat anaknya hanya sesuai dan boleh berjaya di akademi remaja Anderlecht, misalnya.

Pemain yang diambil akademi remaja ini bukan sahaja belajar tentang bola sepak, tetapi turut diasuh untuk mendalami kepelbagaian budaya Belgium, apa yang mereka gelar pembelajaran dari jalanan tentang budaya dan bola sepak Belgium.

Tambah menarik, projek ini bukan meletakkan sasaran memenangi Piala Dunia atau mengejar kedudukan dan pengiktirafan, sebaliknya membentuk pemain bola sepak Belgium yang lengkap dan saling melengkapi satu sama lain.

Namun hasilnya belum dapat dituai untuk beberapa tahun, bahkan mereka gagal ke Piala Dunia 2010 dan Euro 2012, namun mereka muncul dan mengejutkan ketika beraksi di Piala Dunia 2014.

Pendekatan tidak konvensional ini yang pernah menjadi kritikan Persekutuan Bola Sepak Belgium akhirnya membuahkan hasil ketika itu, membuktikan projek, yang ketika itu telah digelar sebagai Purple Talent Programme’ berjaya.

2014 adalah apabila dunia mula memandang tinggi Belgium sebagai salah satu kuasa bola sepak digeruni di peringkat antarabangsa, dan ketika itu juga wujudnya sepasukan anak muda Belgium dari pelbagai latarbelakang kehidupan, budaya dan agama yang digelar Generasi Emas Belgium.

Janji ‘Purple Talent Programme’ mula dituai semalam, apabila baka terbaik dari benih ideologi bola sepak Belgium dipetik dalam bentuk Eden Hazard, Kevin De Bruyne, Marouane Fellaini dan Romelu Lukaku selain segenap pasukan Belgium yang lain berjaya mengalahkan Brazil.

Brazil sehingga beberapa hari lepas, nampaknya masih terikat dengan kebanggaan samba, bersifat individualistik selain egoistik yang mungkin dibezakan dengan pertembungan ideologi bola sepak Eropah dan Amerika Latin yang sangat berbeza.

Dengan kekalahan Brazil semalam, Piala Dunia akan terus kekal di Eropah untuk empat tahun lagi. Siapa tahu, mungkin bintang pertama akan lahir terbit dari jata Persekutuan Bola Sepak DiRaja Belgium bagi Piala Dunia kali ini?

Rujukan:

https://thesefootballtimes.co/2016/07/01/belgium-twenty-years-for-overnight-success/

https://www.theguardian.com/football/blog/2014/jun/06/belgium-blueprint-gave-birth-golden-generation-world-cup-


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.