28 Mac 2025. Hari Jumaat yang sepatutnya tenang, bertukar jadi mimpi ngeri buat penduduk Myanmar dan Thailand.
Tepat jam 1.20 tengah hari waktu tempatan, bumi bergoncang kuat dengan magnitud 7.7.
Gegaran utama tu cukup kuat sampai boleh rasa sampai ke Bangkok, selatan China, dan juga utara Malaysia!
[Apa Berlaku di Mandalay?]
Pusat gempa dikenal pasti terletak hanya 17 kilometer dari Mandalay, bandar kedua terbesar di Myanmar yang dihuni lebih 1.5 juta orang.
Gegaran kuat dan gegaran susulan berskala 6.4 menyebabkan bangunan runtuh, jambatan patah dua, empangan pecah dan orang ramai bertempiaran lari keluar ke jalan dalam keadaan panik.
Bayangkan tengah duduk santai di rumah atau pejabat, tiba-tiba lantai bergegar, tingkap berderai, bangunan bergoyang. Itulah yang berlaku di Mandalay, Naypyitaw dan kawasan sekitarnya. Malah, sebuah biara terkenal, Ma Soe Yane, roboh depan mata sekumpulan sami!
Runtuhan berlaku di lima bandar dan pekan. Di wilayah Sagaing, sebuah jambatan berusia 90 tahun terus tumbang ke dasar sungai.
Empangan di Mandalay pula pecah dan menyebabkan air naik mendadak ke kawasan rendah. Jalan utama antara Mandalay dan Yangon turut rosak teruk dah macam medan perang.
Kerajaan Myanmar terus isytihar darurat di enam wilayah. Lebih 144 orang disahkan maut, lebih 700 cedera dan jumlah tu dijangka terus meningkat.
Sistem komunikasi terganggu, talian elektrik banyak terputus dan hospital mula sesak.
[Pencakar Langit Runtuh di Bangkok!]
Tak cukup dengan itu, gegaran turut dirasai kuat di Bangkok. Sebuah bangunan pencakar langit 30 tingkat yang masih dalam pembinaan tiba-tiba runtuh menyebabkan 81 pekerja terperangkap!
Gabenor Bangkok mengesahkan sekurang-kurangnya tiga orang maut di tapak itu, manakala 90 lagi masih belum dapat dikesan.
Keadaan bertambah kalut apabila laluan BTS tergendala, pejabat-pejabat dikosongkan dan orang ramai berhimpun di taman-taman awam seperti Lumphini Park.
Ada yang menangis, ada yang terkedu melihat bangunan-bangunan tinggi bergoyang macam pokok pisang dilambung angin.
[China Juga Rasa Tempias]
Di China, gegaran turut dirasai di wilayah Yunnan dan Sichuan. Media China melaporkan beberapa rumah dan struktur runtuh di bandar Ruili yang bersempadan dengan Myanmar. Penduduk di Mangshi pula kata, gegaran terlalu kuat sampai tak boleh berdiri tegak!
[Dunia Turun Padang]
PBB terus salur dana kecemasan sebanyak USD5 juta untuk bantu operasi menyelamat dan pemulihan.
Katanya, gempa ini berlaku di tengah-tengah krisis kemanusiaan di Myanmar di mana 20 juta rakyatnya perlukan bantuan.
Vatican juga umumkan bahawa Pope Francis mendoakan keselamatan semua mangsa, termasuk yang terlibat di Thailand.
International Rescue Committee pula maklumkan, banyak kawasan masih belum dapat dihubungi dan mereka jangka keadaan sebenar hanya akan diketahui dalam beberapa minggu lagi.
[Malaysia Juga Ambil Tahu]
PM Malaysia dan beberapa menteri kanan terus hulur ucapan takziah kepada Myanmar dan Thailand, serta nyatakan kesediaan untuk bantu apa yang perlu.
Alhamdulillah, setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terjejas dilaporkan berada di kawasan gempa.
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) diumumkan akan berlepas untuk bantu operasi mencari dan menyelamat.
Setakat ini, angka korban terus meningkat. 694 disahkan maut, manakala 1,674 lagi cedera dalam tragedi yang melanda negara jiran kita tu.
Dan itu belum termasuk mangsa-mangsa yang masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan, jambatan, hotel dan sebagainya.
___
Anda peminat sejarah benua Siam? Dari kerajaan Melayu seperti Sri Dharmaraja yang pernah memerintah benua Siam, sehinggalah pembentukan negara Thailand di bumi Siam, maka buku terbaru kami, KITAB TAMADUN SIAM ialah untuk anda.
Dapatkan dengan DISKAUN di https://s.shopee.com.my/4fhJ0MwbRT
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.