Ramai orang hari ni percaya hospital moden ni asalnya dari zaman Rom, Yunani, Mesir, India. Ya, memang tamadun tu semua ada struktur penjagaan kesihatan asas. Tapi ramai tak tahu, sistem hospital yang benar-benar teratur, saintifik dan mesra rakyat datangnya dari Tamadun Islam.
 
Sayangnya, sejarah moden seolah-olah tak sudi nak angkat sumbangan besar umat Islam dalam bidang perubatan. Nama-nama macam Al-Razi, Ibnu Sina, Al-Zahrawi, Rufaydah, semua ni hampir tenggelam dalam lipatan sejarah.
 
[Hospital Pertama Bukan Bangunan, Tapi Khemah]
 
Kita mula dari zaman Nabi Muhammad SAW. Waktu tu, seorang sahabat wanita bernama Rufaydah al-Aslamiyah r.a. buka satu khemah khas untuk rawat tentera yang cedera masa Perang Khandak. Inilah konsep hospital medan pertama dalam sejarah Islam.
 
Selepas tu, idea ni dikembangkan jadi hospital bergerak. Ada doktor, ubat, makanan, pakaian, ahli farmasi dan boleh bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain. Zaman Sultan Muhammad Saljuqi, unit hospital bergerak ni besar sangat sampai kena angkut dengan 40 ekor unta.
 
[Hospital Tetap Pertama: Damsyik, Tahun 706M]
 
Hospital tetap pertama dalam sejarah Islam dibina semasa zaman Khalifah al-Walid bin Abdul Malik dari Bani Umayyah. Hospital ni khusus untuk pesakit kusta.
 
Terletak di Damsyik, doktor-doktor diberi gaji lumayan dan hartanah. Pesakit memang diasingkan, tapi mereka tetap dibantu dari segi kebajikan macam orang buta supaya dapat sara keluarga masing-masing.
 
Waktu Eropah sibuk kaitkan penyakit dengan dosa dan rawat pakai doa, dunia Islam dah pun faham konsep penyakit berjangkit dan isolasi pesakit.
 
[Hospital Awam Pertama Dunia: Baghdad, Tahun 805M]
 
Hospital awam pertama pula muncul zaman Khalifah Harun al-Rashid, tahun 805 Masihi. Ia dibina hasil buah fikiran wazir beliau dan turut dibantu oleh keluarga Bakhtishu’, pakar perubatan dari Jundishapur.
 
Dari situ, hospital-hospital mula berkembang pesat. Dan dalam masa tak sampai dua dekad, dah wujud 34 buah hospital di seluruh dunia Islam.
 
Kota-kota besar macam Kairouan, Makkah, Madinah dan Rayy semuanya ada hospital. Di Rayy, hospital diketuai oleh Zakariya al-Razi, salah seorang tokoh perubatan paling berpengaruh dalam sejarah.
 
Beliaulah orang yang buat eksperimen guna daging untuk tentukan tapak hospital paling sesuai. Dia letak daging kat beberapa lokasi, tengok mana paling lambat busuk. Kawasan tu dipilih sebab kurang pencemaran udara.
 
[Hospital Untuk Banduan Pun Ada]
 
Zaman Khalifah al-Mu’tadid, satu lagi inovasi luar biasa muncul iaitu hospital khas untuk banduan.
 
Wazir bernama Ali ibn Isa tulis surat rasmi arahkan doktor untuk lawat penjara setiap hari, rawat banduan yang sakit, sediakan ubat dan makanan. Tak kira status, semua orang berhak untuk dirawat.
 
[Cordoba Ada 50 Buah Hospital]
 
Kita jangan lupa Andalusia. Di Cordoba saja, ada lebih 50 buah hospital. Sesetengah hospital khas untuk tentera dan bangsawan.
 
Semua hospital ni lengkap dengan struktur moden, ada jabatan pembedahan, ortopedik, psikiatri dan sebagainya.
 
Setiap jabatan pula ada ketua jabatan, penyelia dan pakar masing-masing. Malah, ada pemeriksa kesihatan yang ditugaskan khas untuk pantau tahap kebersihan.
 
[Hospital Islam Lebih Tersusun Dari Yang Kita Sangka]
 
Hospital dalam dunia Islam waktu tu dah ada pentadbiran yang sangat tersusun. Ada superintendan (dipanggil sa’ur), ada akauntan, ada rekod perubatan dan semua kakitangan berdaftar secara sah.
 
Doktor pula bekerja ikut jadual waktu tetap. Gaji mereka dibayar oleh kerajaan dan dana wakaf. Siapa kata Tamadun Islam tak moden?
 
Hospital-hospital ni juga buka 24 jam. Ada klinik luar, ada wad lelaki dan wanita dan juga doktor wanita untuk rawat pesakit wanita.
 
Kalau doktor nak tahu pesakit dah sembuh ke belum, mereka akan tengok pesakit boleh makan roti dan ayam panggang atau tidak.
 
Kalau dah boleh kunyah dan telan dengan normal maknanya dah sembuh. Kalau belum kuat, mereka dipindahkan ke wad pemulihan.
 
Pesakit miskin pula diberi pakaian baru dan sedikit duit sebelum dibenarkan keluar. Macam hospital kerajaan zaman sekarang.
 
[Kalau Doktor Cuai, Boleh Didakwa]
 
Undang-undang perubatan pun dah wujud. Ibnu al-Okhowa dalam kitab Ma’alem al-Qurba fi Talab al-Hisba’ tulis dengan jelas: kalau pesakit meninggal dan keluarga rasa doktor cuai, mereka boleh minta siasatan daripada ketua tabib.
 
Kalau terbukti doktor silap, keluarga boleh tuntut “wang darah” iaitu pampasan atas kecuaian.
 
Ini untuk jaga profesionalisme dan etika dalam bidang perubatan.
 
[Masjid Pun Ada Hospital]
 
Itulah yang berlaku di Masjid Ibnu Tulun di Mesir. Masjid ni ada unit rawatan kecemasan. Setiap hari Jumaat, doktor akan standby untuk sebarang kecemasan semasa solat Jumaat. Ini menunjukkan betapa seriusnya masyarakat Islam dalam bab penjagaan kesihatan.
 
[Latihan Doktor Macam Universiti Moden]
 
Hospital-hospital ni juga berperanan sebagai pusat latihan doktor. Ada dewan kuliah besar, seminar antara pakar dan pelajar, lawatan ke wad, tesis, temuduga.
 
Semua ni macam program universiti zaman sekarang. Pelajar diajar untuk jadi kritikal dan bukan hafal semata-mata. Diorang pun kena berani kaji balik dan cabar teks lama seperti tulisan Galen, Hippocrates atau pun Ibnu Sina.
 
Lepas tulis tesis, pelajar akan ditemuduga oleh ketua pegawai perubatan. Kalau lulus, baru boleh dapat lesen untuk jadi doktor.
 
Sistem ni sangat moden dan teliti. Hospital seperti Ibnu Tulun ada perpustakaan dengan 100,000 buah buku perubatan, jauh lebih besar daripada perpustakaan Universiti Paris masa tu yang cuma ada 400 buah jilid.
 
Apa yang kita nampak dalam hospital moden hari ni semuanya dah dibuat lama dulu oleh Tamadun Islam. Cuma sejarah moden jarang cerita.
 
___
 
Kalau anda berminat nak baca tentang cerita-cerita hebat berkenaan pencapaian saintifik umat Islam pada zaman dulu, dapatkan sekarang buku tulisan Helmi Effendy, ZAMAN KEEMASAN TAMADUN ISLAM.
 
Boleh beli di:
https://s.shopee.com.my/5AdzmaOLMV
https://s.shopee.com.my/5AdzmaOLMV
https://s.shopee.com.my/5AdzmaOLMV
 
Terima kasih!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Comments are closed.