Kalau orang tanya, “Eh bila sebenarnya tarikh lahir P. Ramlee?”
Jawabnya bukan semudah baca kad pengenalan dia. Sebab? Ada cerita menarik di sebalik tarikh lahir Seniman Agung negara kita ni.
Cerita yang bukan saja unik, tapi cukup menyentuh hati… dan ya, berkait rapat dengan Hari Raya Aidilfitri!
[Jumaat, 1 Syawal 1346H]
Bayangkan suasana pagi Raya di Pulau Pinang pada tahun 1928. Orang ramai sibuk ke masjid, pakai baju Melayu baru, nak solat sunat Aidilfitri.
Tapi di sebuah rumah sederhana di Pulau Pinang, Che Mah Hussain, ibu kepada P. Ramlee sedang menahan sakit perut. Bukan sebab lemang atau rendang, tapi sebab nak melahirkan anak!
Waktu tu, suaminya Teuku Nyak Puteh tengah solat Raya di masjid. Bila balik rumah je, surprise! Anak lelakinya dah selamat dilahirkan.
Maka lahirlah seorang bayi comel yang diberi nama Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Tapi… kenapa kita semua kenal dia sebagai P. Ramlee?
[Dari Zakaria Jadi Ramlee]
Sebenarnya, nenek P. Ramlee, iaitu ibu kepada Che Mah susah nak sebut nama Zakaria. Lidah dia lebih senang sebut “Ramlee”.
Dan biasalah, bila nenek dah panggil Ramlee… lama-lama semua orang pun ikut. Nama tu melekat sampai ke tua. Dari jiran-jiran, cikgu sekolah, sampai la ke pentas dunia — semuanya kenal dia sebagai Ramlee.
Bila masuk pertandingan menyanyi, dia tambah huruf ‘P’ di depan merujuk kepada nama bapanya, Puteh. Maka lahirlah nama yang kekal abadi: P. Ramlee.
[Tapi… Kenapa Dalam IC Tulis 22 Mac 1929?]
Ini satu lagi kisah menarik. Walaupun dia lahir pada 23 Mac 1928, tapi sijil lahir dia hanya didaftarkan setahun kemudian pada 22 Mac 1929.
Jadi, tarikh rasmi lahir dalam kad pengenalan ialah 22 Mac 1929. Tapi menurut satu temubual di RTM sekitar tahun 70-an, P. Ramlee sendiri pernah cakap:
“Mengikut pada ibu saya, saya dilahirkan pada pagi Jumaat 1 Syawal selepas sahaja selesai solat Aidilfitri. Jadi pada tahun itu, saya tidak dikenakan bayaran fitrah…”
Ha… sah lah! P. Ramlee lahir di pagi Syawal. Dalam erti kata lain, dia hadiah Hari Raya buat keluarganya. Mungkin itu juga sebab kenapa watak dalam filem Ahmad Albab pun dinamakan Syawal!
[Dari Budak Sekolah Kampung Jawa Ke Bintang Nusantara]
Bakat seni P. Ramlee memang terserlah sejak kecil. Dari Sekolah Melayu Kampung Jawa ke Penang Free School, dia dah mula belajar muzik, main alat muzik, menyanyi, semua dia sapu.
Semasa zaman Jepun, dia belajar pula lagu-lagu Jepun di sekolah tentera laut Kaigun. Boleh kata, apa saja bunyi yang ada rentak, dia boleh jadikan seni.
Tahun 1947, umur baru 19, dia dah menang pertandingan menyanyi anjuran Radio Pulau Pinang. Dari situ, langkah seni dia tak pernah toleh ke belakang.
Masuk dunia filem, jadi pelakon, jadi pengarah, jadi komposer. Semua dia buat, dan semua dia buat tu menjadi.
[Legenda Yang Pergi Awal… Tapi Tak Pernah Hilang]
P. Ramlee sempat berlakon dalam 66 filem, mengarah 37 filem, cipta lebih 250 lagu. Tapi sayangnya, beliau meninggal dunia secara mengejut pada usia muda hanya 44 tahun akibat serangan jantung pada 29 Mei 1973.
Tapi sehingga hari ini, nama dia tak pernah padam. Lagu-lagu dia, filem-filem dia, nasihat dan sindiran sosial dalam karyanya masih relevan.
Dan bila kita tahu yang dia lahir pada pagi Raya, kita tahu P. Ramlee adalah hadiah Hari Raya untuk seluruh bangsa Melayu.
Al-Fatihah buat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Semoga terus dikenang, bukan sekadar kerana hiburan, tapi kerana perjuangan seninya yang ikhlas.
___
Teringin nak tahu kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dari awal kelahiran hinggalah hilangnya sebutir permata industri seni negara?
Dapatkan P.RAMLEE, TIADA YANG KEDUA hanya di Shopee kami!
https://s.shopee.com.my/3q4Hd0fmwq
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.