Sehari sebelum raya begini, pasti ramai dah mula cari semula tutorial cara untuk mengikat kain samping. Jadi, anda rasa kenapa kain samping ini penting bagi orang Melayu?

Kain samping ini, seperti namanya, adalah kain sarung yang dipakai selepas seseorang memakai seluar, yang labuhnya daripada pinggang hingga ke lutut. Ia adalah pelengkap kepada pakaian seseorang sama ada mereka mengenakan baju Melayu Cekak Musang, atau Teluk Belanga.

Jadi, kenapa pemakaian kain samping ini penting bagi orang Melayu?

Seperti namanya, kain samping atau dikenali juga sebagai kain dagang ini, dipakai sebagai kain sampingan atau tambahan kepada pakaian asas seseorang.

Malah, ia memberi simbolik besar yang bertujuan untuk menutup aib dan kehormatan seseorang apabila fabrik seluar yang dipakai agak melekap pada anggota badan atau menonjolkan bahagian yang boleh memalukan pemakai.

Menariknya dalam pemakaian kain samping ini, ia juga boleh menggambarkan  status perkahwinan pemakainya, sama ada telah berkahwin atau masih bujang. Jika masih teruna atau dara, kain samping biasanya dipakai dengan kepala kain itu terletak pada bahagian hadapan, yang dipanggil sebagai ‘ikat teruna’ dan ‘ikat teruna mencari jodoh.’

Malah, status perkahwinan turut ditentukan daripada labuh kain samping yang dikenakan oleh seseorang, iaitu samping yang labuh melepasi lutut adalah mereka yang telah berkahwin, manakala yang di atas lutut pula adalah bagi pemakai yang masih bujang.

Pada era Kesultanan Melayu Melaka dahulu, labuh kain samping ini turut diberi kelonggaran bagi mereka yang bergelar pahlawan atay hulubalang, bagi memudahkan mereka seandainya ada pertarungan.

Paling utama, jenis ikatan kain samping ini menggambarkan status sosial si pemakainya. Ikatan pancung contohnya khas untuk golongan raja dan kerabat, sementara ikatan kembung untuk golongan pembesar serta mereka yang ada gelaran tertentu. Untuk rakyat biasa, ikatan kain samping mereka adalah ikatan lingkup.

Malah, cara ikatan kain samping ini turut berbeza mengikut negeri serta acara yang akan dihadiri oleh pemakai. Maka, amatlah penting bagi seseorang mengetahui apakah etika serta adab yang betul bagi pemakaian kain samping agar ia tepat dengan acara yang mereka sertai.

Jadi, apa gaya kain samping yang anda kenakan pada hari raya kali ini?

 

 

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.