Sebut tentang tragedi kapal, pasti ramai yang selalu terfikir tentang tragedi Titanic. Yalah, sebuah kapal gah, malah dibikin filem tentangnya. Tapi, tahukah anda, ada lagi kisah tragedi kapal lain yang tak kurang dramatiknya?

Nama kapal ini ialah SS Kiangya atau Jiangya, iaitu sebuah kapal wap penumpang, dan salah satu daripada lapan buah kapal yang dikendalikan oleh Shanghai Merchants Group dan menjadi ‘kapal saudara’ SS Kiangking.

Tragedi ini berlaku pada 4 Disember 1948, apabila kapal wap yang penuh dengan pelarian ini dalam perjalanannya menuju ke Ningbo, dari dok Shiliupu, Shanghai.

Kapasiti kapal ini hanya lebih kurang 1,100 orang penumpang, namun jumlah yang menaikinya ketika itu melebihi 2,500 orang. Para pelarian yang terdesak itu adalah mereka yang melarikan diri daripada Perang Sivil China.

Apa sebenarnya yang berlaku kepada SS Kiangya ini?

Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata ini, dipercayai berpunca daripada kapal yang tidak sengaja melanggar lombong yang ditinggalkan oleh Tentera Laut Jepun ketika Perang Dunia Kedua, lalu memusnahkan bahagian buritan kapal.

Kapal itu akhirnya meletup di muara Sungai Huangpu, 80 kilometer di utara Shanghai. Jumlah kematian yang tepat tidak diketahui; kapasiti rasminya ialah 1,186, namun 2,150 penumpang telah disenaraikan dalam dokumen senarai muatan kapal. Dan, ia dipercayai membawa lebih banyak daripada jumlah itu.

Malangnya, tragedi ini tidak disedari oleh pihak penyelamat sehingga beberapa jam lamanya, akibat kelemahan sistem perhubungan ketika itu. Jumlah akhir yang dianggarkan terkorban adalah antara 2,750 hingga 3,900 orang, iaitu dua kali ganda lebih ramai daripada tragedi Titanic.

Tragedi SS Kiangya menjadi peringatan serius tentang kos konflik manusia, dan nasib mereka yang terperangkap dalam pertempuran sejarah. Nyawa yang terkorban pada hari yang menentukan itu menjadi bukti pedih kepada keperluan berterusan untuk keamanan dan perdamaian.

Namun, apa lagi yang boleh kita belajar daripada tragedi ini? Dalam buku Same As Ever ada disebutkan walau betapa besar pun sesuatu kisah atau tragedi itu, jika tiada sesiapa yang menghebahkannya, maka ia hanya akan luput dalam sejarah.

Berbanding kisah Titanic, kisah kapal SS Kiangya yang jauh lebih ramai korbannya serta dramatik kisahnya tidak diketahui ramai kerana ia bukanlah kisah popular yang diangkat dalam sejarah. Dan inilah yang disebut bahawa cerita terbaik selalu menang.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.