1. Pada tanggal 8 November 2016, pada pukul 8 Malam, secara tiba-tiba, PM India iaitu Narendra Modi telah mengumumkan pembatalan/’cease as legal tender’ bagi duit kertas matawang India yang paling besar ketika itu iaitu bagi kertas ₹500 and ₹1000 bermula tengah malam hari yang sama iaitu dalam masa kurang dari 4 jam dan diberi tempoh selama 50 hari untuk menukarkan keseluruhan duit kertas tersebut berakhir pada 30 Disember 2016.
.
2. Alasan dan naratif retorik yang telah digunakan oleh Modi dalam ucapan malam itu adalah berdasarkan 3 naratif berikut:

a. Combats againts ‘Black Money’ :

‘Duit hitam’ yang datangnya daripada aktiviti rasuah, dan juga kegiatan ‘Hawalla’ -aka ‘money laundering’ dan “money transfering” ke negara-negara arab.

‘Cash Circulation’ India dalam 2 bentuk wang kertas ₹500 and ₹1000 ketika itu adalah pada tahap 86% keseluruhan wang di India, dan Modi mengatakan 30% daripada keseluruhan jumlah 2 mata wang kertas berkenaan yang berjumlah ₹15.44 Lakh Crore(RM960 Billion) tersebut adalah ‘Black money’, makanya disini kerajaan akan ‘menang’ dalam ₹5 Lakh Crore (circa RM300 Billion) kerana ‘Black money’ ini tidak dapat digunakan lagi, kerana para perasuah dan geng-geng black money akan buang dan bakar duit ini.

b. Menangani isu Wang Palsu:

Modi juga mengatakan bahawa lambakan wang palsu yang kononnya daripada Pakistan daripada terus membanjiri ‘cash-circulation’ di India dapat diatasi dengan langkah ini.

c. Menghapuskan Pendanaan Pengganas:

Kebanyakkan ‘Terrorist funding’ di India menggunakan duit palsu daripada Pakistan, makanya jika masalah wang palsu dapat diatasi, ‘terorrist funding’ juga akan menurun.
.
.
3. Maka, gegak gempitalah seluruh negara India, panik berlaku diseluruh negara India.

Kenapa panik boleh berlaku?

Kerana beberapa faktor:

a. Hampir keseluruhan transaksi urusan jual beli, gaji di India adalah dalam bentuk cash/tunai dimana ada yang menjangkakan pada tahap 90-98% penggunaan tunai.

b. Hampir separuh daripada keseluruhan penduduk di India tidak mempunyai bank akaun, mereka hanyalah begantung kepada baki wang tunai di tangan untuk ‘survive’ dalam kehidupan harian.

c. Malahan, lebih 300 juta pula daripada keseluruhan penduduk di India tidak mempunyai kad pengenalan diri pun, apatah lagi nak buka bank akaun.

Maka penuhlah bank-bank orang berebut nak tukar duit, keluar duit kat atm,nak buka akaun sebab tak pernah ubkak akaun, pegi kedai emas, pegi tukar duit dekat forex exchange dan sbagai.

Modi ketika itu buat drama ‘air mata’, beliau mintak 50 hari daripada rakyatnya, yang ini untuk masa depan India. Rakyat India yang terkenal dengan Bollywood pun percayalah..
.
.
4. Selepas 50 hari apa yang berlaku?

Panik masih tidak surut, sebab ramai rakyat masih tidak dapat tukar duit, dan buka bank akaun, you expect what, India is 7th largest economy in the world, 1.3 Billion penduduk, dan duit yang nak ditukar tu bukan sikit-sikit anak.

Maka berlakunyalah ‘cash-crunch’ aka kekurangan wang tunai, dimana duit tidak cukup sampaikan orang tak ada tunai, nak membeli makanan seperti susu, roti pun tak boleh, nak membayar gaji pun tak boleh. Sampaikan kerajaan India kena calit ‘indeliable ink’ macam yang kita gunakan masa mengundi untuk tukar duit dan keluarkan cash dari bank.

Kecoh habak lu.

Maka untuk menenangkan orang ramai,Modi pun up la 2 lagi naratif tambahan baru bagi membackup ‘move’ yang dia telah buat iaitu:

a. Cashless Reform:

Konon-kononnya, inilah peluang untuk India kearah cashless society, kurangkan dependent pada cash.

b. Memperluaskan Kutipan Cukai/tax revenue:

Daripada 1.3 Billion rakyat di India, hanya 1% rakyat membayar bayar cukai, maka Modi mengatakan bahawa dengan adanya langkah ini, kerajaan boleh detect siapa yang ‘simpan duit’ dan tak bayar cukai.

Agenda miskin vs kaya ditiupkan kepada rakyat India, and macam biasa pengaruh bollywood kuat, maka rakyat pun cair sekali lagi.
.
5. Maka selepas hampir 2 tahun benda ni berlalu, adakah Modi berjaya menyelesaikan permasalahan 5 naratif yang dibawa sebelum ini?

Mari kita semak:

a. Combats againts ‘Black Money’:

Daripada ₹15.44 Lakh Crore(RM960 Billion) yang kononnya 30% daripada jumlah tersebut disyaki adalah black money, ₹15.28 Lakh Crore(RM950 Billion)ataupun 99% duit dalam mata wang ₹500 dan ₹1000 telah dikembalikan kepada Bank Rezab India (RBI) maka angka 30% yakni ₹5 Lakh Crore(circa RM300 Billion) ‘Black Money’ yang digembur-gemburkan seolah-olah tidak wujud.

Makanya tidak berhasilah usaha nak hapuskan ₹5 lakh Crore ‘black money’ yang diura-urakan sebelum ini, dan ramai beranggapan duit itu mungkin telah di’putih’kan menggunakan cara belakang.

Kajian juga mendapati sebenarnya kurang dari 5% “Black Money” disimpan dalam bentuk tunai, kerana kebanyakkan telah ditukar kepada instrumen lain seperti emas, hartanah-proksi(‘Benami’-properties)dan juga mata wang asing yang disimpan di bank-bank di luar negara seperti di Swiss, Caymen dan sebagainya.

Lebih mengecewakan, kajian dari RBI mendapati baki 1% lagi wang kertas yang tidak dipulangkan sebenarnya juga bukanlah “Black Money” tetapi wang ini berada di luar negara seperti Bhutan, Nepal milik Non Residen warga India yang tidak sempat ditukar semula dan juga di tabung-tabung derma kuil-kuil di seluruh negara India.

b. Menangani isu Wang Palsu:

Juga mengecewakan kerana, daripada 99% duit yang dipulangkan hanya 0.0035% didapati wang palsu, dan yang lebih menyedihkan hanya kurang dari seminggu pengenalan mata wang baru, ianya juga telah berjaya dipalsukan semula kurang dari seminggu pengenalannya dan setakat Julai 2018, sebanyak ₹11.23 crore(RM6.6 Billion) wang baru palsu telah dikesan wujud semula.

c. Menghapuskan Pendanaan Pengganas:

Gagal, keganasan masih lagi berlaku di Assam dan Jamu Kashmir terus berlaku sejak pembatalan 2 wang kertas berkenaan hingga kini.

d. Cashless Reform:

Pada mulanya, usaha ini nampak berjaya, tapi ‘old habits’ die hards, selepas setahun pengenalan mata wang baru ₹500 dan ₹2000, penggunaan wang tunai kembali kepada paras asal sebelum pembatalan November 2016. “Back to square 1”.

Malah ramai juga berpendapat,hanya beberapa golongan yang menikmati reform ini seperti syarikat-syarikat telco dan gateway yang menyediakan servis berkenaan.

e. Memperluaskan Kutipan Cukai/tax revenue:

Kerajaan India mengatakan bahawa kutipan cukai meningkat selepas langkah ‘demonetisation’ ini, namun terdapat data yang bercanggah daripada jabatan kerajaan melalui survey ekonomi malah diantara menteri kewangan dan perdana menteri sendiri. Apa yang pasti, berdasarkan peratusan kutipan, jumlah 1% masih lagi tidak berubah.
.
.
6. Bagaimana pula dengan kesan ekonomi dan kos kepada rakyat akibat dari langkah ‘demonetisation’ hingga kini?

– Kos Printing Duit Baru – ₹21,000 crores
– Kerugian syarikat kecil dan sederharna – ₹61,500 crores
– Kos Bank – ₹35,140 crores
– Kos RBI – ₹16,800 crores
____________________________________________
+-₹1.5 lakh crores (RM 90 Billion)
+
– GDP India menurun selama 6 bulan amounting sebanyak 2.2% =₹3-4Lakh Crore(RM230-240 Billion)
___________________________________________
= Jumlah kos kerugian ekonomi kepada India adalah hampir ₹6 Lakh Crore(RM350 Billion)

* Selain kos dalam jumlah nilai kos, 1.5 juta orang pekerja kehilangan pekerjaan kerana syarikat-syarikat kecil tak boleh sustain perniagaan tanpa tunai dan paling hiba ada juga yang dilaporkan mati sebab penat beratur dan mati kerana stampede sebab berebut-rebut duit di bank.
.
.
7. ‘Cash Crunch’, aka kekurangan wang tunai masih lagi berlaku di India hingga hari ini kesan daripada langkah Modi pada tahun 2016, kerana apa?

– Kerajaan India tidak mencetak jumlah wang kertas baru yang secukupnya kerana yakin bahawa rakyat India akan terus mengunakan transaksi cashless selepas langkah tersebut.
– Kerana rakyat India kembali kepada transaksi cash seperti yang biasa mereka buat.
– Kerana ramai rakyat masih tidak percaya dengan Bank dan kerajaan sepenuhnya.
– Ada ura-ura bank-bank negeri India akan bankrupt.
– Pertambahan demand tunai yang diperlukan akibat pengenalan GST pada tahun 2017
– Operator Black market kembali into business hoard duit untuk aktiviti illicit mereka.

Kesimpulannya, dalam kesungguhan kita nak bendung korupsi dan sebagainya, kita sebagai rakyat Malaysia kena faham yang langkah/eksais kewangan dibincangkan mempunyai risiko yang sangat-sangat besar dan implikasinya juga akan membabitkan kos yang juga sangat-sangat besar, dan kalau kita duk sembang negara kita tengah teruk, hutang “1 Trillion” adakah kita nak tambah lagi pulak dengan risiko-risiko sebegini?

Diharapnya kita belajarlah dari Kesilapan Modi.

Tepuk dada tanya Selera.

Sekian

#malaysiabaru

Rujukan:

India’s cash crisis explained
https://www.bbc.com/news/world-asia-india-37983834

India rupee ban: Garlands of money and other images of a cash crisis
https://www.bbc.com/news/world-asia-india-37971369

India’s cash crisis: The 5 key questions
http://money.cnn.com/2016/11/18/news/india/india-cash-ban-explainer/index.html

50 days of pain: What happened when India trashed its cash
http://money.cnn.com/2017/01/04/news/india/india-cash-crisis-rupee/index.html

Demonetisation: RBI says 99% banned notes are back; where is the black money?
https://www.firstpost.com/business/demonetisation-rbi-says-99-banned-notes-are-back-where-is-the-black-money-3991829.html

Only 1.2% of ₹1,000 notes not returned to banks: RBI report
https://www.thehindu.com/business/Economy/only-12-of-demonetised-1000-notes-did-not-return-rbi/article19587973.ece

Fake currency of Rs 11.23 crore face value detected post note ban
https://economictimes.indiatimes.com/news/economy/finance/fake-currency-of-rs-11-23-crore-face-value-detected-post-note-ban/articleshow/59648077.cms

How India Is Surviving Post-Demonetization
https://www.forbes.com/sites/wadeshepard/2017/07/29/how-india-is-surviving-post-demonetization/#5845cb7a1164

Fact Check: Demonetisation’s Effect on Increase in Direct Taxes and Income Tax Base
https://thewire.in/business/fact-check-claims-increase-income-tax-base-direct-taxes

Demonetisation effect: 1.5 million jobs lost in first 4 months of the year
https://www.timesnownews.com/business-economy/industry/article/demonetisation-effect-15-million-jobs-lost-in-first-4-months-of-the-year/65815

15 Lakh Jobs Lost In First 4 Months Of 2017: The Govt Needs To Wake Up & Address Rising Unemployment
https://thelogicalindian.com/awareness/jobs-lost-india/

https://www.hindustantimes.com/india-news/digital-india-threatened-after-demonetisation-push-digital-transactions-recede/story-CpMaY0kcYoGLVreLhIYVHN.html

Threat to cashless economy? After demonetisation push, digital transactions recede
https://www.hindustantimes.com/india-news/digital-india-threatened-after-demonetisation-push-digital-transactions-recede/story-CpMaY0kcYoGLVreLhIYVHN.html

Q&A: Understanding India’s Cash Crisis
https://asiafoundation.org/2017/02/01/qa-understanding-indias-cash-crisis/

One Year Later: India’s Demonetization Move Proves Too Costly An Experiment
https://www.forbes.com/sites/suparnadutt/2017/11/07/one-year-later-indias-demonetization-move-proves-too-costly-an-experiment/#319bafbb378a

Show me the money: India staring at a cash crunch
https://www.dw.com/en/show-me-the-money-india-staring-at-a-cash-crunch/a-43523687

India’s use of cash is back to the levels before demonetisation
https://qz.com/1284590/indias-use-of-cash-is-back-to-the-levels-before-demonetization/?_sm_au_=iSV7tSS5LsqqMMQQ

Modi May Pay the Price as India’s A.T.M.s Run Out of Cash Again
https://www.nytimes.com/2018/04/20/business/india-bank-cash-atm.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Khairul Azri mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan dan pasaran kewangan semenjak 7 tahun lalu. Mulai dikenali kerana tulisan-tulisan berkaitan ekonomi di Facebook pasca PRU14 lalu dalam bahasa yang mudah difahami berserta sumber dan rujukan yang tepat.

Comments are closed.