Tahukah anda yang garpu yang sering kita gunakan setiap hari itu sebenarnya bukanlah alatan yang terlalu purba berbanding sudu dan pisau. Malah, pada awal penciptaannya, ia pernah ditolak oleh orang Eropah!

Jika sudu telah mula digunakan sejak zaman Paleolitik, garpu pula baru berusia beberapa ratus tahun. Tapi, untuk menyatakan secara tepat, bilakah garpu mula dicipta, ia mungkin menimbulkan sedikit perselisihan.

Paling awal penggunaannya dikesan pada sekitar abad ke-11, iaitu dalam Empayar Byzantine. Manuskrip bergambar dari zaman itu menunjukkan dua lelaki menggunakan alat yang mempunyai serampang dua mata untuk kegunaan meja makan.

Ketika itu, St. Peter Damian, seorang pertapa, mengkritik seorang puteri Venice kelahiran Byzantine kerana berlebihan dalam menikmati makanan, yang menurutnya sanggup menggunakan alat serampang dua mata itu untuk mencucuk makanan.

Apa yang disebut oleh Damian ini mungkin agak keterlaluan, namun itulah hakikatnya pada masa itu. Garpu terawal yang mungkin hanya ada dua mata itu dipandang sebagai objek penuh kejahatan atau boleh menimbulkan permusuhan secara terang-terangan.

Dalam gambaran keseluruhan sejarah peralatan makanan dalam Feeding Desire, katalog untuk pameran 2005 tentang alatan meja, Sarah Coffin membuat spekulasi bahawa masalah imej garpu boleh dikaitkan dengan persamaannya dengan serampang syaitan (devil’s pitchfork).

Dari Empayar Byzantine, garpu terawal ini telah mengembara sehingga ke Perancis, iaitu apabila Catherine de Medici, yang mengembara pada 1533 dari Itali ke Perancis untuk berkahwin dengan Henry II. Catherine, dalam peranannya sebagai ibu kepada dua anak-raja, menggunakan perayaan awam besar-besaran untuk menunjukkan kuasa monarki.

Makanan adalah sebahagian daripada strategi yang digunakannya. Pada masa ini, kebanyakan garpu yang digunakan olehnya adalah yang bermata dua yang cukup besar untuk memegang sepotong daging atau lebih cantik ia digunakan terutamanya untuk makan manisan pada akhir jamuan.

Montaigne, seorang ahli falsafah Perancis menulis pada tahun 1570-an yang menyebut tentang garpu tetapi mengatakan bahawa dia jarang menggunakannya. Dan ketika itu, garpu masih dikaitkan dengan tingkah laku jahat.

Sehinggalah akhir 1600-an dan awal 1700-an orang mula membeli beberapa set peralatan perak untuk rumah mereka, dan ketika ini garpu perak dengan tiga serta empat serampang mula dihasilkan. Kedudukan garpu semakin kukuh, namun ia tidak diterima secara universal.

Menjelang permulaan abad ke-19, garpu telah menjadi peralatan asas bagi meja Perancis. Ketika ini, lebih banyak jenis garpu dihasilkan, untuk pelbagai tujuan berbeza, termasuklah garpu salad, garpu ikan dan garpu manisan.

Namun di sebalik kebangkitan garpu ini, masih ramai juga yang menentang penggunaannya, iaitu satu golongan dipanggil ‘anti-forkism’,

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.