Baginda dikenang bukan sahaja sebagai pengasas kepada Kerajaan Gaya dalam tamadun purba Korea, tetapi juga perintis kepada pertembungan budaya dalam masyarakat Korea ketika itu.
Memperkenalkan, Raja Suro, iaitu pengasas kepada Kerajaan Gaya purba yang makamnya masih ada pada hari ini di Gimhae, Wilayah Gyeongsangnam. Siapa Raja Suro ini sebenarnya?
Rujukan tertua yang membolehkan kita menjejaki sejarah Raja Suro dan Kerajaan Gaya ialah “Garakgukgi” dalam Samgukyusa. “Garakgukgi” ditulis oleh seorang penulis yang dihantar ke Gimhae, yang pada masa itu dikenali sebagai Geumgwan, ketika Raja Munjong memerintah Dinasti Goryeo (918–1392).
Kisah itu kemudiannya diringkaskan oleh seorang sami dan ditulis semula dalam Samgukyusa. Menurut Garakgukgi, ketika dunia bermula, tidak ada negara, tidak ada raja, dan tidak ada pengikut.
Walau bagaimanapun, terdapat masyarakat dan mereka yang bertindak sebagai pemimpin. Terdapat sembilan pemimpin, yang memerintah kira-kira 70,000 orang yang tinggal di 100 rumah, tetapi tidak ada yang dilantik sebagai raja kepada kesemua pemimpin ini.
Kerajaan Gaya ini dikatakan terbentuk hasil penyatuan daripada sembilan buah kampung oleh Raja Suro, iaitu Raja Kerajaan Gaya. Mitos tentang kelahiran Raja Suro ini seperti yang dikisahkan di dalam Garakgukgi iaitu baginda ialah putera sulung daripada enam putera yang lahir daripada telur yang turun dari langit di dalam sebuah mangkuk emas berbalut kain merah.
Raja Suro inilah akhirnya mengetuai putera-putera yang lain dalam membangunkan enam buah negeri dan baginda sendiri menjadi Raja bagi Kerajaan Gaya. Jadi Raja Suro menjadi raja pertama dan dinamakan demikian kerana dalam bahasa Cina, su bermaksud “kepala,” atau “pertama,” dan ro bermaksud “nampak.”
Perkara paling menarik tentang Raja Suro ini adalah kisah perkahwinan baginda dengan seorang puteri yang berasal dari negara asing, iaitu Puteri Suriratna. Puteri Suriratna ialah seorang puteri yang berasal dari Kerajaan Ayodhya yang terletak di Uttar Pradesh, India.
Pada asalnya, catatan di dalam Samgukyusa menyatakan bahawa Puteri Suriratna atau Heo Hwang-Ok ini merupakan seorang puteri yang berasal dari Kerajaan Ayuta, namun rekod tidak menyatakan di mana lokasi sebenar kerajaan berkenaan.
Seorang ahli antropologi dari Universiti Hanyang, akhirnya telah mengenalpasti Ayuta sebagai Ayodhya berdasarkan sebutannya yang hampir serupa. Nama Ayodhya ini dikenali sebagai Saketa pada zaman purba, namun kewujudannya diakui telah ada pada waktu yang sama dengan kewujudan rekod catatan Samgukyusa. Maka jelaslah bahawa Puteri Suriratna yang mengahwini Raja Suro benar-benar berasal dari sebuah kerajaan berlokasi di India.
Menurut kisah lagenda, usia Heo Hwang Ok ketika perkahwinannya dengan Raja Suro ialah 16 tahun. Beliau menyatakan bahawa nama keluarganya ialah Heo atau Hurh, manakala nama yang diberi untuknya ialah Hwang Ok yang bermaksud Jed Kuning.
Kisah lagenda ini turut menyatakan bagaimana Raja Suro mengetahui bahawa baginda akan mengahwini Heo Hwang Ok. Para penasihat Raja Suro dikatakan telah berkali-kali meminta baginda untuk memilih mana-mana gadis yang dibawa ke istana sebagai permaisuri, namun baginda menolaknya di atas alasan bahawa pemilihan baginda akan ditentukan oleh Dewa Langit dan bukan terletak dengan keputusannya sendiri.
Raja Suro selepas mendapat petunjuk akhirnya telah mengarahkan pegawainya untuk menjemput Heo Hwang Ok yang tiba di kawasan Mangsan-do, sebuah pulau di bahagian selatan Kerajaan Gaya.
Perkahwinan Raja Suro bersama Heo Hwang Ok telah dikurniakan 12 orang anak, dan Heo Hwang Ok telah membuat permintaan agar dua daripada anaknya dapat menggunakan nama keluarganya, iaitu Heo.
Kebanyakan rakyat di Korea Selatan begitu mengagumi akan kisah unik lagenda perkahwinan antara Heo Hwang Ok bersama Raja Suro ini, malah kisah Raja Suro bersama permaisurinya ini telah dijadikan sebagai drama pada tahun 2010 melalui sebuah siri televisyen, yang bertajuk Kim Su-Ro, The Iron King.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih