Setelah beratus-ratus tahun lamanya, akhirnya diari ini telah diterjemahkan semula oleh seorang penterjemah dari Institut Terjemahan Klasik Korea. Dia mengambil masa sehingga 10 tahun untuk menyelesaikan terjemahan diari Raja Jeongjo ini.

Rekod “Ilseongnok” purba adalah salah satu daripada tiga arkib diraja sejak zaman Joseon, bersama-sama dengan “Annals of the Joseon Dynasty,” rekod tahunan yang disimpan selama 472 tahun dari raja pertama, Taejo hingga raja ke-25, Cheoljong  dan jurnal sekretariat diraja, dipanggil Seungjeongwon.

Daripada rekod Ilseongnok ini, catatan diari Raja Jeongjo merangkumi separuh daripadanya. Catatan baginda yang kini telah diterjemah ke dalam bahasa Korea moden menunjukkan falsafahnya mengenai pentadbiran hal ehwal negara dan juga menceritakan empat hari terakhir dalam hidupnya.

Rekod ini mengatakan bahawa raja mengalami “bisul”, yang sangat serius sehingga dia tidak dapat menelan apa-apa atau tidur selama berhari-hari sejak pertengahan Ogos 1800. Pada 17 Ogos, sehari sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, tercatat bahawa Raja Jeongjo berasa sedih dengan pentadbirannya, “Walaupun ada gantian pegawai secara tetap, masih ada perkara yang belum selesai.”

Seperti yang dicatat dalam rekod ini, walaupun mengalami kesakitan yang pedih akibat penyakitnya, raja telah menyuruh pegawai-pegawainya supaya tetap melaporkan kepada baginda tentang tugasan mereka.

Seperti mana yang disebut oleh para pengkaji diari ini, “Tiada yang dapat menjelaskan falsafah tadbir urus raja selain diari ‘Ilseongnok’, kerana kisah-kisah di sini diceritakan oleh raja sendiri secara langsung.”

Selain daripada catatan terakhir Raja Jeongjo, rekod Ilseongnok ini turut menunjukkan secara terperinci, sebagai contoh, bagaimana program bantuan makanan, yang dikenali sebagai jinhyul, yang dibuat oleh raja selepas musim menuai yang teruk, telah dijalankan di seluruh negara. Ia turut meletakkan jumlah hasil yang diagihkan kepada orang ramai, dan berapa ramai orang dari setiap daerah yang kelaparan, dan yang mendapat pembiayaan untuk program itu.

Usaha yang dilakukan oleh Institut Terjemahan Klasik Korea ini sekaligus telah menyingkap sisi lain raja-raja Joseon serta usaha yang dilakukan oleh mereka dalam meningkatkan taraf hidup rakyat Joseon suatu ketika dahulu.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.