Bila kita bercakap pasal sejarah Eropah, salah satu pertempuran yang paling dikenang ialah Pertempuran Waterloo. Tahu tak yang pertempuran ini menjadi titik noktah buat Napoleon Bonaparte?
Pada 18 Jun 1815, di sebuah ladang kecil berhampiran Brussels, Belgium, pasukan Napoleon berhadapan dengan gabungan tentera British, Belanda, dan Prusia dalam satu pertempuran epik yang dikenali sebagai Pertempuran Waterloo. Pertempuran ini berlangsung selama hampir sepuluh jam dan menjadi detik-detik terakhir kuasa Napoleon.
Napoleon yang baru saja melarikan diri dari pengasingan di Pulau Elba, berusaha untuk lembalikan kuasanya di Eropah. Dengan semangat yang tinggi dan tentera yang setia, Napoleon berhasrat untuk memecahkan gabungan tentera yang diketuai oleh Duke of Wellington dari Britain dan Field Marshal Gebhard Leberecht von Blücher dari Prusia.
Pertempuran dimulakan dengan serangan Napoleon terhadap kedudukan Wellington di dataran tinggi berhampiran Waterloo. Pada awalnya, tentera Perancis berjaya memberi tekanan kepada pasukan British dan sekutunya. Namun, Wellington dengan bijak memanfaatkan keadaan geografi kawasan tersebut untuk bertahan, sementara menunggu ketibaan tentera Prusia.
Sekitar petang, tentera Prusia tiba di medan pertempuran dan memberi bantuan penting kepada pasukan Wellington. Serangan balas oleh gabungan tentera ini memaksa Napoleon untuk bertahan dan akhirnya berundur. Kehebatan taktik tentera Prusia dan ketabahan pasukan British menjadi faktor utama dalam kejatuhan Napoleon pada hari itu.
Kekalahan di Waterloo bukan sahaja mengakhiri impian Napoleon untuk menakluki Eropah, tetapi juga menamatkan kariernya sebagai pemimpin tentera.
Selepas kekalahan ini, Napoleon ditangkap dan diasingkan ke Pulau Saint Helena di Lautan Atlantik, di mana beliau menghabiskan sisa hidupnya sehingga meninggal dunia pada tahun 1821.
Pertempuran Waterloo menjadi lambang kegagalan besar dalam sejarah ketenteraan Napoleon. Ia bukan sahaja menandakan berakhirnya era Napoleon, tetapi juga membuka jalan kepada kestabilan politik di Eropah selepas bertahun-tahun konflik dan peperangan.
Kongres Vienna yang berlangsung tidak lama selepas pertempuran ini bertujuan untuk memulihkan keseimbangan kuasa di Eropah dan mencegah kebangkitan semula seorang diktator seperti Napoleon.
Tertarik dengan kisah Pertempuran Waterloo?
Nak tahu banyak lagi kisah pertempuran-pertempuran hebat sepanjang sejarah?
Berita baik, kami ada buku PERTEMPURAN-PERTEMPURAN AGUNG yang menyajikan lebih 30 kisah pertempuran epik!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.