Pada tahun 645 Masihi, Semenanjung Korea menyaksikan salah satu pertempuran paling epik dalam sejarahnya iaitu Pertempuran Ansi. Pertempuran ini menjadi simbol keberanian kerajaan Goguryeo dalam menghadapi serangan besar dari Dinasti Tang, pimpinan Maharaja Taizong.
Dalam usaha memenuhi tuntutan politiknya, Tang melancarkan kempen ketenteraan untuk menakluk Goguryeo. Goguryeo adalah sebuah kerajaan kuat yang mendominasi kawasan utara Semenanjung Korea dan sebahagian Manchuria.
Pertempuran bermula apabila Maharaja Taizong memutuskan untuk menyerang Goguryeo. Beliau mengumpulkan angkatan tentera yang besar dan membawa pelbagai alat kepung canggih, bersedia untuk menundukkan kerajaan yang dilihat sebagai ancaman kepada kestabilan empayar Tang.
Maharaja Taizong menghantar angkatan pertama yang berkekuatan 60,000 tentera Tang, 3,000 tentera Changan dan Luoyang, 40,000 tentera upahan untuk menjayakan impian menundukkan Goguryeo. keyakinan Tang untuk takluk Goguryeo kian meningkat selepas berjaya menawan tiga kubu utama Goguryeo yakni Gaimou, Liaodong, dan Baiyan.
Kini hanya tinggal satu lagi kubu yang perlu ditawan oleh Tang iaitu Ansisong ataupun Ansi. Namun, Goguryeo di bawah pimpinan Jeneral Yang Manchun tidak gentar dan bersedia mempertahankan tanah air mereka dengan segala upaya.
Benteng Ansi, yang terletak di timur laut Korea, menjadi medan utama pertempuran. Benteng ini terkenal dengan pertahanannya yang kukuh dan kedudukannya yang strategik.
Dinasti Tang mengerahkan segala kekuatan mereka untuk menakluk Ansi, menggunakan menara kepung, pelontar batu, manjanik, dan pelbagai taktik ketenteraan yang canggih. Namun, pertahanan yang diatur oleh Yang Manchun dan pasukan Goguryeo terbukti sukar ditembusi.
Selama 3 bulan, tentera Goguryeo bertahan dengan gigih di bawah kepungan sengit Tang. Mereka menggunakan segala sumber daya dan strategi untuk melawan serangan bertubi-tubi dari tentera Tang. Yang Manchun sendiri menunjukkan keberanian luar biasa, tidak hanya mengatur strategi pertahanan tetapi turut serta dalam medan pertempuran.
Maharaja Taizong, yang pada mulanya yakin akan kemenangan mudah, mula menyedari bahawa menakluk Goguryeo tidak semudah yang disangka. Keadaan bertambah buruk bagi Tang apabila bekalan mereka semakin berkurangan dan moral tentera mula merosot.
Akhirnya, Taizong terpaksa mengakui kekalahan dan memerintahkan tentera Tang untuk berundur. Kemenangan Goguryeo dalam Pertempuran Ansi menjadi salah satu pencapaian terbesar dalam sejarah ketenteraan mereka.
Tertarik dengan kisah Pertempuran Ansi?
Nak tahu banyak lagi kisah pertempuran-pertempuran hebat sepanjang sejarah?
Berita baik, kami ada buku PERTEMPURAN-PERTEMPURAN AGUNG yang menyajikan lebih 30 kisah pertempuran epik!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.