Kita semua tahu yang Korea kini diperintah dengan sistem republik di selatan dan diktator di utara, namun tahukah anda bahawa dahulu Korea pernah diperintah oleh maharaja?
Maharaja Sunjong adalah maharaja terakhir yang memerintah Korea sebelum era monarki di negara itu berakhir. Kisahnya menjadi satu babak tragis dalam sejarah Korea yang menandakan berakhirnya sebuah dinasti yang telah wujud selama lebih dari lima abad.
Maharaja Sunjong dilahirkan pada tahun 1874 dan diberi nama Yi Cheok. Baginda naik takhta pada tahun 1907 setelah bapanya, Maharaja Gojong, dipaksa turun takhta oleh pihak Jepun.
Sunjong jadi maharaja dalam situasi yang amat sukar, di mana empayar Korea ketika itu berada di bawah pengaruh kuat Jepun yang semakin menguasai politik dan ekonomi negara itu. Walaupun memegang gelaran maharaja, kuasa sebenar Sunjong amat terbatas, dan hakikatnya baginda hanya menjadi boneka di tangan Jepun.
Pada tahun 1910, Korea secara rasmi diilhak Jepun melalui Perjanjian Pengilhakan Korea-Jepun. Dengan ini, Maharaja Sunjong kehilangan segala kuasa dan statusnya sebagai pemerintah mutlak.
Perjanjian ini menandakan berakhirnya Dinasti Joseon yang telah memerintah Korea selama lebih dari 500 tahun. Sunjong dan keluarganya dipaksa tinggal di Istana Changdeokgung di Seoul, di bawah pengawasan ketat pihak Jepun.
Kehidupan Maharaja Sunjong selepas diilhak Jepun dipenuhi dengan kesedihan dan kehampaan. Baginda tidak mempunyai kuasa politik atau kebebasan peribadi dan hidup dalam keadaan serba terkawal. Baginda sering jatuh sakit dan hidupnya berakhir dalam keadaan yang menyedihkan pada tahun 1926.
Walaupun pemerintahan Sunjong dianggap singkat dan tidak berkuasa, peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam era pemerintahannya memberikan impak besar dalam sejarah Korea. Pengakhiran monarki Korea dan pengilhakan Jepun menandakan permulaan satu era baru yang penuh dengan perjuangan untuk kemerdekaan dan identiti nasional.
Rakyat Korea tidak pernah melupakan warisan Dinasti Joseon dan pengorbanan yang dilakukan oleh maharaja-maharaja mereka.
Kini, sejarah Maharaja Sunjong diingati sebagai penutup kepada era monarki di Korea dan sebagai simbol keteguhan dan ketabahan rakyat Korea dalam menghadapi dugaan penjajahan.
Biar betul dinasti terakhir Korea pernah bertahan lebih lima abad?
Nak tahu sejarah dinasti-dinasti Korea?
Sini saya cadangkan KITAB TAMADUN KOREA. Dalam buku ini, ada banyak ilmu asas tentang sejarah politik tamadun Korea!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.