Kalau masuk waktu petang, mesti nikmat minum teh sampai memakan kudapan seperti biskut atau gorengan seperti pisang goreng. Cakap pasal teh, saya nak kongsikan budaya orang Jepun yang sangat tertib menyediakan teh, iaitu majlis teh Jepun.

 

Majlis teh Jepun atau chanoyu (茶の湯, bermaksud jalan teh) ialah budaya menyediakan teh hijau atau macha dengan cara tradisional, dengan duduk di atas lantai tatami dan mesti disediakan dalam bilik khas.

 

Tujuan majlis teh Jepun berbuat demikian ialah untuk memastikan tetamu menikmati teh yang disediakan oleh tuan rumah dengan nyaman tanpa sebarang gangguan luar.

 

Bagaimana majlis teh Jepun menjadi budaya yang begitu penting bagi orang Jepun? Semuanya bermula dari perkenalan daun teh dari China pada abad ke-8 Masihi. Masa tu, daun teh hanya digunakan untuk tujuan perubatan bagi para bangsawan dan paderi.

 

Masuk ke era Muromachi (1333-1573), teh menjadi minuman terkenal bagi seluruh warga Jepun, tidak kira apapun kelas sosial mereka. Kemudian, banyak pesta tea diadakan, di mana si peminum akan tunjukkan mangkuk berisi teh dan bagitau tentang khasiat tea miliknya.

 

Ada satu pesta teh berbeza dengan pesta lain iaitu menggunakan konsep Zen Buddha yang hanya menitikberatkan spiritual dan kesederhanaan. Konsep pesta teh sebegini diasaskan oleh Bapa Majlis Teh Jepun bernama Sen no Rikyu (1522-1591).

 

Sen no Rikyu sebenarnya tokoh yang penting dalam sejarah Jepun. Beliau bukan saja pengasas majlis teh Jepun, malah pernah berkhidmat bawah daimyo terkenal bernama Oda Nobunaga. Rikyu pada masa berkhidmat di bawah Oda bertugas sebagai guru teh, sediakan teh hanya kepada Oda pada tahun 1579.

 

Setelah Oda meninggal dunia pada tahun 1582, Rikyu berkhidmat sebagai teh guru di bawah daimyo yang juga terkenal sebagai penyatu Jepun iaitu Toyotomi Hideyoshi. Beliau juga pernah adakan majlis teh di istana dan sediakan teh kepada maharaja Jepun bernama Ōgimachi.

 

Cara pembuatan teh semasa majlis teh berbeza mengikut tiga ‘mazhab’ sekolah teh yang pengasasnya ialah keluarga keturunan Sen yang menerima ilmu membuat teh. Tapi, ada syarat-syarat yang wajib dipatuhi untuk melaksanakan majlis teh Jepun ini.

 

Pertama, dari segi pakaian. Tetamu haruslah tidak gunakan minyak wangi yang berlebihan dan barang kemas supaya tidak menjejaskan suasana majlis dan rosakkan peralatan buatan teh.

 

Kedua, majlis teh haruslah diadakan di tepi taman. Lebih baik taman yang dihiasi batu kecil membentuk jalan ke bilik teh. Ketiga, bilik teh mestilah berupa tikar tatami. Pintu masuk sengaja direndahkan supaya para tetamu dapat tunduk, menunjukkan hormat kepada majlis teh.

 

Para tetamu akan menunduk hormat dulu sebelum duduk. Kemudian, ketua tetamu akan duduk dulu dalam bentuk seiza, iaitu duduk melipat kaki ke belakang, diikuti oleh tetamu lain. Seterusnya, kesemua tetamu tunduk lagi kedua kali.

 

Seterusnya, tuan rumah akan sediakan teh di depan para tetamu. Peralatan teh yang utama ialah penggoncanh teh (chasen), bekas serbuk teh hijau (natsume), senduk teh (chashaku), mangkuk teh, bekas manisan, dan cerek. Kesemua peralatan haruslah dipilih secara tertib dalam penyediaan teh.

 

Tuan rumah akan sediakan manisan dulu kepada para tetamu sebelum menimun teh. Gelas berisi teh kemudian disediakan di depan tetamu dan tetamu akan mengangkat gelas gunakan tangan kanan, kemdian tadahkan bawah gelas dengan tapak tangan kiri.

 

Tetamu kemudian meminun teh dengan teguk perlahan-lahan. Setelah selesai, gelas diletakkan di atas lantai tatami. Jangan lupa untuk tunduk semasa menerima dan selesai meminum teh.

 

Begitulah langkah-langkah asas dalam menyertai majlis teh Jepun. Jadi, kalau anda nak rasa sendiri pengalaman meminun teh macam ni, kota Kyoto dan Uji adalah destinasi sesuai untuk menikmati acara teh Jepun!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply