Pada 14 Ogos 2024, Netflix telah siarkan dokumentari jenayah tentang kehilangan seorang warga AS (Amerika Syarikat) bernama Laci Peterson tanpa jejak pada tahun 2002.

 

Menurut suaminya iaitu Scott Peterson, sebelum kehilangan isterinya, mereka berdua sedang berseronok menonton televisyen di rumah mereka yang terletak di Modesto, California pada 24 Disember 2002.

 

Kemudian, Scott pergi keluar memancing di Berkeley Marina, tinggalkan isterinya di rumah. Selesai memancing, dia mendapati isterinya tiada di rumah. Scott fikir mesti Laci pergi ke rumah kawannya atau rumah ibu Laci untuk sambut malam hari Krismas.

 

Tanpa fikir panjang, Scott pergi mandi. Selepas menyarungkan baju tidur, dia telefon ibu mertuanya jika Laci ada di sana. Jawapan ibu mertua begitu mengejutkan yang mana Laci tidak ada di rumah ibunya sepanjang Scott pergi memancing!

 

Kemudian, dia telefon kawan Laci. Juga mendapati jawapan yang sama. Ke mana Laci menghilang?

 

Tak lama kemudian, kehilangan Laci telah dilaporkan kepada pihak polis dan detektif bernama Al Brocchini mengetuai siasatan kehilangan isteri Scott itu.

 

Sepanjang siasatan, tiada apa-apa tanda yang menunjukkan Laci mengalami masalah di dalam rumah sebelum kehilangan. Tapi, apa yang membuatkan detektif Al terdetik ialah hubungan curang antara Scott dengan seorang pakar mengurut bernama Amber Frey dari Fresno, California.

 

Menurut Amber ketika disoal siasat, dia telah lama berhubungan romantik dengan Scott dan tidak tahu menahu bahawa dia mempunyai isteri dan juga ada anak bakal dilahirkan.

 

Apabila ditanya Scott mengenai hubungan ini, Scott menyatakan penyesalan dan tidak mahu dedahkan kerana inginkan pihak polis fokus kepada pencarian isterinya.

 

Pada bulan April 2003, Laci bersama anak dalam kandungan bernama Conner ditemui tidak bernyawa dan terdampar di pinggir Teluk San Francisco.

 

Scott begitu terkejut dengan penemuan yang menyedihkan itu tapi pihak detektif meragui reaksinya kerana sepanjang kehilangan isterinya, mereka mendapati Scott bersama adik-beradiknya bermain golf. Scott menyatakan beginilah cara mereka sekeluarga hilangkan kesedihan.

 

Pada bulan April 2003, Scott akhirnya ditahan semasa bermain golf, risau dia akan melarikan diri ke Mexico. Kemudian perbicaraan kes kematian Laci bermula pada bulan Mei 2003.

 

Pihak tertuduh (Scott) dan pihak pendakwa masing-masing membentangkan bukti-bukti yang menyokong.

 

Bagi pihak Scott, mereka mempertikai cara detektif selesaikan kes dengan hanya menuduhnya dan tidak menyiasat kes pecah rumah jiran semasa kehilangan isterinya. Scott percaya bahawa Laci berkemungkinan diculik kerana menyaksikan kes pecah rumah oleh perompak.

 

Manakala pihak pendakwa pula bentangkan banyak bukti yang menuju kepada Scott sebagai suspek, terutamanya usaha Scott mewarnakan rambut supaya tidak dikejar oleh para wartawan dan bukti berupa tape yang melekat di seluar Laci.

 

Lima bulan perbicaraan, akhirnya Scott disabitkan kesalahan mematikan isterinya dan anak dalam kandungan, menurut keputusan juri pada 12 November 2003.

 

Pada awalnya Scott mendapati hukuman mati dengan suntikan. Tapi, masuk ke 24 Ogos 2020, hukuman Scott diubah kepada penjara seumur hidup tanpa parol di Mule Creek State Prison, California.

 

Kalau fikirkan betul-betul, memang Scott ni tidak ada usaha nak mencari isterinya, sempat lagi main golf! Tambah lagi tidak setia dengan isteri yang berbadan dua dengan tidur bersama skandal! Memang layaklah Scott disyaki sebagai suspek walaupun dia ni nampak tak bersalah!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply