Suatu ketika dahulu, lelaki dewasa Joseon memerlukan tanda atau simbol khas sebagai pengenalan diri mereka. Disebabkan inilah, Raja Taejong memperkenalkan hopae, iaitu name tag khusus buat mereka.

Apa sebenarnya hopae ini?

Sistem pengenalan menggunakan hopae ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 1413 ketika Taejong memerintah. Ia sebenarnya diambil dan dimodelkan mengikut sistem serupa dengan Dinasti Yuan China.

Fungsi hopae ini sangat besar kerana semua lelaki dewasa, yang berusia 16 tahun ke atas boleh menggunakannya untuk bergerak ke seluruh Joseon. Malah, kerajaan juga dapat melihat kadar penghijrahan dalaman rakyatnya melalui hopae ini.

Tag itu biasanya diperbuat daripada kayu atau tanduk, dan menunjukkan nama lelaki itu serta pengenalan lain yang diperlukan seperti tarikh lahir, status dan tempat tinggal. Ada juga diletakkan beberapa maklumat lain termasuklah pangkat mereka (jika dalam kerajaan) dan kebenaran.

Asalnya, hopae ini digunakan pada 1391 untuk sebahagian pegawai tentera sebelum dikuatkuasa sepenuhnya pada 1413. Sebab utama Taejong laksanakan hopae ini adalah untuk mengawal penghijrahan.

Walau bagaimanapun, selepas tiga tahun, penggunaannya diabaikan, iaitu selepas sistem pendaftaran isi rumah baru selesai. Mungkin juga kerana hopae tidak lagi diperlukan selepas selesai pendaftaran, atau ada bantahan daripada rakyat terhadap keperluan membawa hopae.

Sistem hopae telah diisytiharkan dan dimansuhkan beberapa kali dalam tahun-tahun berikut, iaitu dimansuhkan pada 1416, 1461, 1469, 1550, 1612, 1627; dan dilaksanakan semula pada 1459, 1469, 1536, 1610, 1626, 1675.

Raja Sejo hidupkan semula hopae pada tahun 1458, sekali lagi dengan tujuan mengawal pergerakan rakyat. Ia juga untuk membantu dalam menghalang pemberontakan oleh Yi Jing-ok di Wilayah Hamgil, yang mendapat sokongan meluas daripada petani yang telah melarikan diri dari rumah mereka. Sistem hopae ini telah bertahan sehingga 12 tahun lamanya.

Tag tertentu ini adalah milik askar. Ia menyenaraikan nama askar, tahun lahir, tahun memasuki perkhidmatan, jawatan, dan tempat kediaman/pasukan.

Rakyat dari kelas sosial yang berbeza memakai tag berwarna yang berbeza. Golongan yangban memakai kuning, pegawai tinggi yangban memakai tag gading manakala golongan bawahan memakai tag tanduk rusa. Rakyat biasa memakai tag kayu kecil manakala hamba membawa tag kayu yang besar.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply